“Fenomena Atau Tidak, Bukan Saya Tentukan”-Alif Satar

Diterbitkan: Ahad, 16 Julai 2017 6:05 AM

Alif bakal bergandingan dengan Neelofa dalam drama terbaharu berjudul 'Red Velvet'.

(Ubah saiz teks)

FENOMENA drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP) lakonan Neelofa dan Fattah Amin atau lebih popular dengan gelaran Lofattah tidak menimbulkan kebimbangan kepada Alif Satar untuk bergandingan dengan aktres sensasi itu.

Alif yang bakal menerajui drama Red Velvet bersama Neelofa itu berkata, dia akan menjalankan tanggungjawab terhadap karakter yang diberikan kepadanya dengan baik.

"Saya tidak bimbang dengan perkara itu, saya dan Fattah orang yang berbeza, tapi saya boleh janjikan akan buat yang terbaik untuk drama itu.

"Namun, sama ada ia bakal jadi fenomena atau tidak, itu bukan saya yang tentukan. Kalau buat sehabis baik tapi tiada rezeki nak buat macam mana," ujarnya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Akhiri Penantianku ini ditemui pada majlis sidang media filem eksklusif Astro First berjudul Memori Pajeri Nenas yang diadakan di The Garden, baru-baru ini.

Neelofa

Dalam pada itu, ditanya sama ada isterinya iaitu Shadila Halid pernah berasa cemburu apabila digandingan dengan pelakon wanita, Alif berkata, isterinya itu antara individu yang banyak memberi sokongan untuk berlakon.

Malah, Alif berkata, Shadila turut teruja selepas mendapat tahu bakal bergandingan dengan Neelofa.

"Saya profesional dalam kerjaya dan isteri saya tahu tentang itu, dia juga tidak pernah cemburu kerana dia tahu ia adalah kerja yang perlu saya lakukan.

"Dia sendiri tidak sabar untuk melihat gandingan saya dengan Neelofa dalam drama terbaru ini.

"Kadang-kadang, dia yang memberi cadangan kepada saya untuk berlakon dengan mana-mana artis wanita," ujarnya.

Drama Red Velvet bakal memulakan penggambaran pada 14 Julai ini dan dijangka bakal ditayangkan pada Oktober depan.

Tiz dan Siti Saleha turut berlakon dalam filem Memori Pajeri Nenas

Sementara itu, bercakap tentang filem eksklusif Memori Pajeri Nenas, Alif berkata, dia terpaksa belajar cara-cara memasak dengan betul di Youtube malah dia turut dibantu dengan dua orang chef khas sepanjang penggambaran berlangsung.

"Orang mungkin beranggapan hanya sebuah lakonan tapi bagi saya ia penting dan perlu kelihatan seperti seorang profesional dalam televisyen.

"Saya banyak menonton chef luar negara cara pegang pisau dan potong bawang dengan betul.

"Saya beli sepapan telur semata-mata belajar nak pecahkan dengan cara profesional dan bimbang juga dikritik oleh Chef Wan jika buat tidak betul," ujarnya.

Filem tersebut turut dibintangi oleh Tiz Zaqyah dan Siti Saleha.

Sementara itu Memori Pajeri Nenas boleh ditonton menerusi tempahan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 20 Julai depan.

Tags / Kata Kunci: Alif Satar , Neelofa , Lofattah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan