Kembali Menyanyi? 'Never' - Nana Mahzan

Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 6:00 AM

Nana Mahzan tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

(Ubah saiz teks)

ACARA reunion  peserta program Akademi Fantasia musim pertama (AF1) yang berlangsung pada Mei lalu cukup meriah dan ramai meminta agar mereka kembali aktif dalam bidang seni.

Bagaimanapun salah seorang pesertanya, Nana Mahzan memberitahu dia tidak lagi berminat untuk kembali aktif secara serius sebagai penyanyi.

Kenapa pula begitu Nana?

Jelas pemilik nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan ini, dia sudah lama meninggalkan bidang nyanyian selain ingin memberi fokus kepada perkara lain dalam kariernya.

Malah kata Nana, dia tidak yakin kemunculan semulanya akan mendapat perhatian peminat memandangkan landskap industri muzik tempatan hari ini sudah berubah dengan kehadiran bakat-bakat baharu.

Sebahagian bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama.

"Kembali menyanyi? Never! Rasanya saya tidak akan buat kemunculan semula atau tampil dengan lagu baru.

"Cukuplah sekadar suka-suka dan hobi seperti program reunion yang kami lakukan sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nana berkata, dia berhajat untuk mengadakan lebih banyak acara bersama alumni AF1 selepas sambutan diberikan peminat sangat luar biasa sebelum ini.

Malah kata Nana, dia ingin membawa program itu menjelajah ke seluruh Malaysia dan sedang giat membuat perancangan ke arah itu.

"Insya-Allah dengan perancangan yang betul dan tajaan, program reunion itu pasti akan menjadi kenyataan.

"Malah semua kawan-kawan lain dalam AF1 pun semua bersemangat dan teruja dengan idea itu," katanya.

Selain Nana, AF1 yang menjadi fenomena ketika ditayangkan pada pertengahan 2003 turut menampilkan barisan peserta seperti Vince (juara), Khai (naib juara), Azizi, Nija, Liza, Sahri, Rosma, Burn, Atie, Adi Fashla dan Azza.

Tags / Kata Kunci: Nana Mahzan , Akademi Fantasia 1 , AF1

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan