Lagu Vida Dalam Versi Metal!

Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 12:23 PM

(Ubah saiz teks)

SIAPA sangka single pertama jutawan kosmetik iaitu Datuk Seri Vida berjudul I Am Me yang baharu sahaja dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu mendapat perhatian luar biasa daripada penggemar muzik tempatan.

Ia juga menjadi viral di Facebook apabila video lirik lagu itu dikongsi oleh beberapa portal hiburan dan sudah pun mendapat dua juta tontonan secara keseluruhan di laman sosial itu.

Lebih menarik lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu turut mendapat perhatian seorang gitaris yang mengubah rentak lagu itu kepada versi metal.

Ha! Boleh bayangkan tak kalau Vida menyanyikan I Am Me dalam versi metal? Rasanya mungkin tercabut 'crown' beliau di pentas nanti.

Video yang dimuat naik sejak dua minggu lalu itu sehingga kini sudah pun mendapat hampir enam ribu tontonan dan hampir 100 perkongsian di Facebook menggunakan nama Studio Koman.

Video muzik I Am Me akan dilancarkan pada Ogos ini.

Rata-rata menyukai versi metal I Am Me dan memuji tindakan gitaris yang dikenali sebagai Max Sayuti mengubah rentak lagu itu sehingga ia kedengaran lebih menarik.

"Asyik nak dupstep je, kita ubah sikit jadi metal. Jangan marah na," tulis Max.

Sementara itu, video lirik I Am Me yang dilancarkan KRU Music sehingga kini sudah pun mendapat 60,000 tontonan di Youtube sejak ia dilancarkan pada Jumaat.

Lagu itu juga kini berada di kedudukan 10 lagu paling laris jualannya dalam carta iTunes Malaysia! Tahniah Vida!

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Vida , I Am Me , Studio Koman

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan