Suami Nora Danish Bengang

Diterbitkan: Jumaat, 14 Julai 2017 7:17 PM

Nora dan Bossned berkahwin pada 30 Mac lalu pada majlis tertutup.

(Ubah saiz teks)

UMUM tahu sebelum pelakon Nora Danish berkahwin suaminya, Nedim Nazri atau dikenali sebagai Bossned sangat menyayangi isterinya.

Sebagai bukti, laman Instagram pasangan ini sentiasa dipenuhi dengan foto dan kapsyen yang romantis.

Terbaharu, Nedim memuat naik foto berserta kapsyen mengatakan bahawa dia sangat bersyukur dan menghargai kehadiran Nora dalam hidupnya.

Bossned sentiasa memuat naik foto dia dan Nora berserta dengan kapsyen romantis. Foto Instagram @boss_ned. 

Ruang komen tersebut dipenuhi dengan pujian daripada pengikutnya. Namun, ada terselit komen seorang netizen yang membuatkan Bossned bengang.

Dikatakan lelaki tersebut meninggalkan komen berbaur kecaman. Walaubagaimanapun, komen tersebut telah dipadam.

Namun, Bossned tidak berdiam sahaja dan membalas semula komen tersebut.

Komen balas daripada Bossned kepada netizen yang mengecamnya. 

"Insya-Allah, isteri saya hal saya, mungkin bila rambut hang (kamu) corner baring sampai Sepang baru sembang sinilah.

"Dah macam kain tuala basuh pinggang dan alunan tu," tulis Bossned menyindir netizen berkenaan.

Selepas daripada itu, tidak ada lagi yang meninggalkan komen negatif di foto tersebut.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia lapan tahun.

Manakala Bossned juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada 2013. 

Pasangan ini berkahwin pada 30 Mac lalu dalam majlis tertutup di Glasshouse at Seputeh, Petaling Jaya.

Tags / Kata Kunci: Nora Danish , Bossned

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan