“Memang Nak Jadi Viral”- Edry Abdul Halim

Diterbitkan: Jumaat, 14 Julai 2017 6:15 AM

Edry cipta lagu mengikuti kesesuaian diri Datuk Seri Vida.

(Ubah saiz teks)

SUDAH menjadi ikutan untuk menarik perhatian umum dengan melakukan sesuatu perkara agar ia tular. 

Begitu juga dengan komposer Edry Abdul Halim yang menggunakan strategi sama apabila dia mencipta lagu I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida.

Edry, 41, berkata tujuan lagu tersebut dicipta memang untuk ditularkan kerana ia sesuai dengan diri pengasas produk kosmetik tersebut yang sukakan perhatian. 

"Memang tujuan utama untuk lagu itu menjadi viral sebab Datuk Seri seorang yang suka benda-benda yang menarik perhatian.

Edry dan Yusry selaku pengarah muzik video ketika sesi penggambaran I Am Me pada Rabu di Studio 16, Petaling Jaya. 

"Memandangkan dia nak lagu Inggeris, saya ambil melodi dan lirik yang senang atau mudah faham.

"Mungkin pendengar akan fikir lirik seakan-akan memuji diri sendiri. Tapi sebenarnya ia menceritakan tentang macam mana nak bina keyakinan diri.

"Vida sendiri melambangkan keyakinan seorang wanita dan I Am Me memang sesuai untuk dia," kata Edry.

Dalam pada itu, Edry berharap tidak ada yang meletakkan jangkaan tinggi terhadap nyanyian Vida seperti penyanyi luar negara.

Aksi Vida yang mencuit hati ketika sesi penggambaran muzik videonya. 

"Jangan pula ada yang ingat suara dia mampu tarik dengan nada yang tinggi seperti Celine Dion.

"Setiap lagu yang saya cipta akan mengikuti karakter dan suara seseorang. Begitu juga dengan Vida yang mempunyai suara yang agak santai," ujarnya.

Single sulung Vida sudah diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat.

Manakala, muzik video dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.

Tags / Kata Kunci: Edry Abdul Halim , Datuk Seri Vida

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan