“Siapa Duda Itu” – Tiz Zaqyah

Diterbitkan: Khamis, 13 Julai 2017 6:55 AM

Tiz Zaqyah beri komen hubungannya dengan duda. FOTO: ROHAIZAT MD DARUS

(Ubah saiz teks)

KALAU tiada angin, masakan pokok bergoyang. Itu kata pepatah Melayu.

Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan aktres Tiz Zaqyah sedang didekati sorang lelaki berstatus duda. Benarkah gosip yang bertebaran itu?

Bagaimanapun, Tiz, 29, ketika ditemui pada sidang media filem Memori Pajeri Nenas, berkata, dia tidak mengetahui tentang perkara itu.

"Berkawan dengan duda? Siapa duda itu? Saya sekarang tidak tahu apa yang orang sedang bercakap tentang saya.

"Kawan-kawan berstatus duda dan janda memang ramai tapi yang mana satu pula yang dimaksudkan itu," soalnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak ini berkata, hatinya belum terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas putus cinta hampir setahun lalu.

Dia menikmati kehidupan yang lebih mudah tanpa sebarang masalah dalam sesebuah hubungan.

Tiz bergandingan dengan Alif Satar dalam Memori Pajeri Nenas.

"Saya gembira dengan kehidupan sekarang kerana tidak pening kepala dan asyik bergaduh. Buat masa ini kita buat sahaja apa kita suka.

"Saya percaya kalau ada jodoh itu, ia akan sampai juga, tapi kalau boleh biarlah yang belum pernah berkahwin," ujarnya.

Dalam pada itu, Tiz mengakui kegagalan bercinta membuatkan dirinya lebih matang dan terbuka berkongsi soal peribadi.

Namun begitu, dia lebih memilih dalam berkongsi hal peribadi di laman-laman sosial.

“Ya, saya rasa usia membuatkan saya lebih matang untuk bercakap soal kehidupan peribadi, tapi tidak terlalu terdedah dengan laman sosial.

“Dulu memang rasa seronok berkongsi apa sahaja di laman sosial, tapi sekarang saya jarang berkongsi terutama hal peribadi,” ujarnya.

Bercerita tentang filem televisyen Memori Pajeri Nenas, Tiz berkata, dia tertarik dengan jalan cerita yang berbeza berbanding drama dan filem yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Ia juga merupakan kali pertama dia digandingkan dengan pelakon Alif Satar.

"Jalan cerita sangat realistik seperti yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita. Saya rasa ia berbeza dengan watak-watak yang pernah saya bawa. 

"Berlakon dengan Alif juga pertama kali dan dia seorang yang mempunyai bakat semula jadi sebagai seorang pelakon," ujarnya.

Memori Pajeri Nenas boleh ditonton menerusi tempahan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 20 Julai depan. 

Tags / Kata Kunci: Tiz Zaqyah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan