Nora Danish Kalah, Neelofa Ambil Alih - Berita Hiburan | mStar

Nora Danish Kalah, Neelofa Ambil Alih

Diterbitkan: Khamis, 13 Julai 2017 1:49 PM

Fenomena #lofatah sebelum ini dipercayai antara penyumbang jumlah pengikut Neelofa meningkat di Instagram.

(Ubah saiz teks)

PENGACARA dan usahawan berjaya Neelofa kini menjadi selebriti Malaysia paling ramai pengikut di laman Instagram sekali gus memecah rekod yang dipegang pelakon Nora Danish sebelum ini.

Dengan jumlah pengikut terbaru seramai 4.9 juta, Neelofa, 28, menerusi Instagramnya @neelofa kini mendahului kira-kira 100,000 pengikut berbanding Nora Danish yang kini mempunyai 4.8 juta pengikut.

Neelofa dalam Twitternya berkongsi berita gembira itu pada pagi Khamis.

Neelofa berkongsi kegembiraan tersebut di laman Twitternya pada Khamis.

"4.9 juta! Kita semua bersama dalam satu tempoh masa yang agak lama dan terima kasih kerana terus setia bersama saya. Agar kita dapat lebih masa kegembiraan di IG," tulis neelofa.

Biarpun sehingga artikel ini ditulis Neelofa tidak memuatnaik sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut di Instagramnya, namun ramai peminat mula mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut menerusi entri terbaharu yang dikongsinya itu.

Di satu sisi fenomena #Lofatah yang pernah mendapat perhatian dalam industri hiburan sebelum ini antara yang menyumbang kepada peningkatan jumlah pengikutnya itu.

Perbandingan terkini antara jumlah pengikut Nora Danish dan neelofa di laman Instgram masing-masing.

Terdahulu, pada Ogos 2014 Nora Danish diistihar menjadi artis pertama memegang rekod selebriti Malaysia yang mempunyai pengikut paling ramai di laman Instagram dengan jumlah 1 juta pengikut pada ketika itu.

Status itu dipegang Nora sehingga Neelofa pada Khamis mengumumkan di laman Twitternya telah berjaya mengumpul 4.9 juta pengikut di laman Instagram.

Tahniah Neelofa dan semoga semua pihak terus memandang perkara ini sebagai satu persaingan sihat. Tak mahu gaduh-gaduh ye!

Tags / Kata Kunci: Neelofa , Nora Danish
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan