‘Ku Rela Di Benci’ Nyanyian Aiman Tino Versi Pop Yeh Yeh

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 2:27 PM

Antara barisan VIP, artis dan penari yang terlibat dalam penganjuran Konsert Gegar Pop Yeh Yeh yang akan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka 4 hingga 5 Ogos depan.

(Ubah saiz teks)

BAGAIMANA agaknya apabila Aiman Tino berpadu suara bersama penyanyi veteran Datuk Jeffrydin menerusi lagu Ku Rela Dibenci dalam versi Pop Yeh Yeh?

Itu antara tarikan untuk siri kedua Konsert Gegar Pop Yeh Yeh yang bakal berlangsung selama dua hari di Panggung Bangsawan Melaka (PBM) bermula 4 Ogos depan.

Selepas penganjuran 'Konsert Gegar Pop Yeh Yeh' di Istana Budaya pada Mac, ia memberi impak tersendiri kepada genre muzik era 60-an ini untuk terus diminati tanpa mengira umur dan generasi.

Justeru pihak Istana Budaya dengan kerjasama Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) sekali lagi menganjurkan konsert yang sama namun bertukar lokasi iaitu di PBM.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk AB. Ghaffar A. Tambi berkata, penganjuran konsert ini diadakan bertujuan untuk membangkitkan nostalgia kegemilangan irama muzik itu selain mendedahkan kepada generasi muda tentang kemahsyuran lagu-lagu era 60-an suatu ketika dahulu.

Irama Pop Yeh Yeh sememangnya ada penggemarnya yang tersendiri.

"Daripada maklum balas konsert terdahulu, kami lihat irama Pop Yeh Yeh ni sememangnya digemari tanpa mengira peringkat usia dan usaha untuk memperkenalkan irama ini harus dipergiatkan.

"Justeru, ini antara sebab kenapa menyusul Konsert Gegar Pop Yeh Yeh eidisi kedua," katanya kepada mStar Online.

AB. Ghaffar ditemui pada sidang media acara berkenaan di Istana Budaya pada Selasa.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Idris Haron dan isteri Datin Seri Fadilah Abdullah.

Konsert Gegar Pop Yeh Yeh pada kali ini masih mengekalkan sejumlah artis yang sama pernah terlibat menerusi konsert di Istana Budaya sebelum ini dan akan mendendangkan lebih 30 buah lagu bawah iringan muzik Orkestra Tradisonal Malaysia (OTM) Istana Budaya.

Selain Aiman Tino dan Datuk Jeffrydin, antara artis yang terlibat mewarnai perjalanan konsert yang berdurasi 2 jam 15 minit ini ialah Datuk A.Rahman Hasssan, Datuk L. Ramli, J.Sham, Maria Bachok dan bakat muda 'jelmaan'  Ahmad Jais iaitu A.Rozaini.

Tikel menyaksikan acara ini dijual pada harga RM150, RM60 dan RM40.

Tags / Kata Kunci: Konsert Gegar Pop Yeh Yeh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan