Sedia Buat ‘Show’ Datuk Vida Kini Penyanyi

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 7:47 PM

Datuk Seri Vida lancar single pertama berjudul I Am Me.

(Ubah saiz teks)

SETELAH berjaya mencipta nama sebagai jutawan kosmetik, impian pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida untuk bergelar penyanyi akhirnya tercapai.

Vida, 46, yang tampil dengan single pertama berjudul I Am Me ciptaan Edry Abdul Halim kini bersedia menerima cabaran baharu sebagai anak seni.

"Selepas ini saya nak dikenali sebagai anak seni pula. Hasrat untuk menyanyi saya sudah simpan sejak dua tahun lalu tapi tak berkesempatan untuk lakukannya.

"Saya rasa tahun ini sangat sesuai untuk mengeluarkan single I Am Me," katanya kepada mStar Online.

Vida ditemui pada sesi penggambaran muzik video lagu berkenaan di Studio 16, Petaling Jaya pada Selasa.

Vida perlu belajar menari kerana lagu berkenaan berentak rancak dan kaya dengan 'mood' dansa.

Sementara itu, Vida berkata, dia juga sudah bersedia untuk menerima undangan nyanyian di mana-mana acara hiburan atau korporat.

"Mana tahu selepas ini ada yang berminat untuk panggil menyanyi, saya okey saja," katanya.

Dia berharap lagu pertamanya itu bakal mendapat perhatian bukan sahaja di negara ini, malah di serata dunia.

Dia yakin, lagu berentak rancak itu bakal menjadi tular di laman sosial dan mendapat perhatian meluas.

Sesi rakaman muzik video @datoserivida "Iam Me" 👸🏻

A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on

"Saya ada memberi idea dalam lirik lagu itu. Konsep dan genre pun saya pilih mengikut kesesuaian dengan apa yang pendengar mahukan.

"Saya juga yakin lagu I Am Me mampu menjadi tular kerana rentak muziknya sangat menarik," ujarnya.

Single sulungnya itu bakal diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat ini.

Manakala, muzik video dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Vida

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan