Anak Che Ta Berfoto Seksi Dapat Perhatian

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 1:01 PM

Foto Aaisyah bergaya dengan baju renang di tepi kolam mendapat perhatian netizen.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS pelakon kanak-kanak Puteri Balqis dikritik gara-gara pakaiannya dikatakan seksi, kini giliran anak kepada pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana pula mendapat perhatian.

Menerusi Instagram kanak-kanak yang berusia dua tahun itu, foto dia bergambar seksi dengan berpakaian mandi menarik perhatian netizen yang memberikan pelbagai komen. 

Tindakan berkongsi foto berkenaan menimbulkan rasa risau netizen khususnya terhadap keselamatan Aaisyah. 

Namun, tidak semua yang berfikiran sebegitu. Ada juga segelintir netizen yang memuji Aaisyah menggayakan baju renang berwarna biru cair dan merah jambu.

Aaisyah menggayakan pakaian renang bersama dua rakannya. Foto Instagram @aaisyahdhiarana11.

Aksi Aaishah sememangnya mendapat perhatian kerana gayanya yang comel tentu sekali berjaya mencuit hati.

Rozita pula sebagai ibu pastinya mementingkan imej anaknya yang ingin dilihat cantik dan menawan.

Apa-apa pun imej yang hendak ditampilkan, Che Ta harus bersedia untuk menerima pujian dan kritikan orang ramai.

Ada segelintir netizen juga memuji aksi comel Aaisyah. Foto Instagram @aaisyahdhiarana11. 

 

Tags / Kata Kunci: Rozita Che Wan , Aaishah Dhia Rana

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan