Kasihan Abby Abadi, Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 2:23 PM

Abby dan suaminya Faizal berkahwin dua tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Usaha Abby Abadi untuk memperolehi cahaya mata hasil perkahwinan terbaharunya gagal apabila bayi yang dikandungkan meninggal dunia.

Suaminya Muhammad Faizal Zakaria memberitahu, isterinya baru sahaja dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta pada Isnin bagi proses mengeluarkan janin.

"Usia kandungan isteri saya sudah memasuki lima bulan dan bayi sudah mempunyai cukup sifat.

"Semalam ketika membuat pemeriksaan di sebuah klinik, doktor mendapati bayi berkenaan sudah tidak bergerak," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, Abby kini berada dalam keadaan stabil namun doktor harus mengeluarkan janin tersebut secara normal.

"Kami masih terkejut dan bersedih, mungkin belum ada rezeki dan kami reda," ujarnya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 40,  berkahwin dengan Muhammad Faizal, 43, pada 14 Ogos 2015 iaitu perkahwinan ketiganya.

Sebelum itu dia berkahwin dengan aktor Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang kini berusia tujuh tahun.

Pasangan itu bercerai pada tahun 2008.

Dia kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga. 

Tags / Kata Kunci: Abby Abadi

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan