Anis Al-Idrus Pakai Kasut Kanvas Sebab Nak Perhatian?

Diterbitkan: Ahad, 9 Julai 2017 5:45 AM

Mohd Rafzan dan Anis selamat bergelar suami-isteri pada malam Jumaat. Foto Instagram @anisalidrus & @kaki5photo.

(Ubah saiz teks)

JARANG sebenarnya kita dengar pengantin perempuan memilih kasut kanvas sebagai pelengkap gaya pada hari perkahwinan mereka namun itulah yang berlaku kepada pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus.

Namun Anis mempunyai sebab tersendiri untuk tampil 'hipster' pada hari pernikahannya yang berlangsung pada malam Jumaat malah suaminya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim turut memakai kasut sama.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Anis mengakui ia adalah ideanya kerana tidak selesa memakai kasut tumit tinggi selain ingin menampilkan kelainan.

"Sebenarnya saya kalau pakai baju kurung pun akan gunakan kasut kanvas berbanding tumit tinggi kerana memang selesa begitu.

"Kalau saya pakai kasut tumit tinggi berasa tidak selesa dan selalunya memang akan ada kejadian saya terjatuh.

[LIVE UPDATE] . 🤵🏻👰🏻 AIMAN RAFZAN & ANIS AL IDRUS WEDDING DAY . @aimanrafzan x @anisalidrus . Officially brought to you by: Venue | @delamaneventspace Official Photographer & Liveupdate | @kaki5photo Official Videographer | @k5motion Aiman's Personal Photographer | @munaphotography PA System | @kentanghijauproduction MCP Live feed | @promedia Photobooth | @photoboothmy . Beautiful setup by: Pelamin & decorations | @weddingbymac Catering & Chiavary Seating | @rosekatering Transparent Canopy and decorations | @dualaris Dulang hantaran | @deannacreations Wedding cake | @senduk_besi Welcome board | @kadkahwinsignature Thank You Card Doodle design | @finieramosdesign VIP Roses | @keishabouquet.my . Cant thank you enough for this: Hantaran cupcakes | @thesmallcakes @cakeliciousmy @dygkuzue Chocolate box | @kadkahwinsignature Surah Yasin | @kizdoorgift Wedding cards | @kadkahwinindah Exclusive wedding cards | @kadkahwinsignature Guestbook | @handmadeguestbook AAI Team Attires | @damyaamycouture . Anis's: Dress | @miroljonit_official Scarf | @anisalidrus.co Crown | @habibjewelsofficial Stylist | @scarfsweethoney Contact Lens | @rania_lens_empire MUA | @puterimonarozania_makeupartist Hand Bouquet | @byprettypetals . Aiman's : Baju Melayu | @miroljonit_official MUA | @makeupbyneasonia . #aimananis #aimananiswedding #AAinfinitylove #aimananisinfinitylove #7717

A post shared by #aaisayangyu #anismengapa (@anisalidrus) on

"Jadi untuk majlis ini, saya pilih sesuatu yang saya suka tambahan pula dapat bergerak dengan mudah memandangkan perlu menyapa tetamu," katanya.

Anis atau Sharifah Anis Syed Zainal dan Mohd Rafzan selamat bergelar isteri dengan dua kali lafaz pada majlis yang diadakan di TTDI Jaya, Shah Alam.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Anis iaitu Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus di hadapan Imam dan Jurunikah Masjid Al-I'tisam TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa satu set barangan kemas sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Dalam pada itu, Anis tidak kisah sekiranya akan ada pihak mengkritik dan menularkan pilihannya berkasut kanvas kerana tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya.

Malah Anis menyangkal tindakannya itu seolah-olah cuba meraih perhatian orang ramai kerana apa dilakukannya adalah kerana kehendak diri sendiri.

"Tak cari perhatian pun orang viralkan kita, jadi tak kisahlah apa orang hendak kata.

"Mungkin itu hobi mereka gemar hendak menularkan kisah mengenai orang lain kerana hobi kita ni berbeza-beza," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Anis Al-Idrus

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan