Tahniah! Aliff Aziz Dapat Anak Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 8 Julai 2017 7:09 PM

Aliff Aziz di samping isterinya Bella sedang memangku puteranya yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean. Foto Instagram @aliffaziz91

(Ubah saiz teks)

TAHNIAH buat penyanyi Aliff Aziz dan isteri yang baharu sahaja menimang cahaya mata lelaki pada petang Sabtu.

Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 26, menerusi instagramnya @aliffaziz91 telah memuat naik gambar dia sedang memangku bayinya di sisi isteri tersayang, Bella.

Bagaimanapun Aliff bertindak untuk tidak mempamerkan wajah anaknya itu.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Aliff jelas bersyukur dengan kehadiran puteranya yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean.

Terserlah wajah ceria Aliff Aziz yang sedang memangku cahaya mata pertamanya.

"Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, pada hari mulia ini lahirnya anakandaku dengan selamat. Terima kasih mummy telah menjadi wanita paling kuat melalui saat getir untuk kelahiran anak yang comel ini.

"Inlah hari yang daddy dan mummy tunggu-tunggu. Selamat datang dalam keluarga kita Mohamad Ayden Adrean, kamu akan menyinari kehidupan kami kini dan selamanya," tulis Aliff.

Peminat penyanyi itu turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu atas kelahiran anak mereka.

Aliff dan Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 23, berkahwin pada 9 September tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Aliff Aziz

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan