Jibriel Khan Pelengkap Hidup Shahrul & Fatin

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 12:00 PM

Shahrul dan Fatin bersama anak mereka yang diberi nama Jibriel Khan. Foto Instagram @shahrulnasrun

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Jumaat.

Shahrul mendedahkan berita gembira itu menerusi Instagram kira-kira 30 minit lalu dan memberitahu isterinya, Fatin Amira Zainal Abidin dan bayi mereka kini berada dalam keadaan baik.

Bekas tunang kepada penyanyi Adira itu turut berkongsi nama anaknya iaitu Jibriel Khan kepada pengikutnya di laman sosial itu.

"Baby @jibriel.khan dan Mommy @amyerazainal selamat dan sempurna. Amin.

"Terima kasih kepada semua keluarga dan sahabat yang mendoakan kami sekeluarga. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua," tulisnya.

Menerusi perkongsian itu lagi, Fatin selamat melahirkan bayi pertamanya itu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Malah Shahrul turut mewujudkan akaun rasmi Instagram untuk bayi lelakinya itu yang sehingga kini sudah pun mempunyai 6,906 pengikut.

Shahrul dan Fatin disatukan sebagai suami-isteri pada 20 Mei tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan