Mawar Rashid & Raf Bertunang Majlis Tertutup

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 9:06 PM

Mawar (tengah) bersama ibunya, Datin Marinee Abdullah (kanan) dan bakal ibu mertuanya, Datin Umi Kalsom Abd. Latib. FOTO: Instagram Raf.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon drama Suamiku Paling Sweet iaitu Mawar Rashid selamat melangsungkan pertunangan dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob dalam sebuah majlis tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara dekat sini Jumaat. 

Terdahulu, Raf, 32, yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu telah menghantar rombongan merisik bersama keluarganya pada 7 Mei lalu. 

Majlis pertunangan itu juga diadakan sebagai memperingati tarikh ulang tahun kelahiran arwah bapa Raf, Datuk Yaakob Mohammad selain bersempena jamuan santai Aidilfitri SukaSucre Creatives. 

Turut hadir ialah ibu Raf, Datin Umi Kalsom Abd. Latib, isteri Fazley, Datin Azrene Ahmad dan ibu Mawar, Datin Marinee Abdullah. 

Pasangan ini sedang melalui hari-hari bahagia.

Mawar yang mula dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja 2014/15 itu kelihatan anggun menyarung persalinan rekaan Cosry pada majlis petang itu. 

Majlis tersebut dihadiri sekitar 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat kedua belah pihak. 

Sementara itu, majlis pernikahan dan persandingan pasangan itu dijangka akan diadakan pada hujung tahun ini. 

Bagaimanapun mereka belum menetapkan tarikh sebenar majlis itu dan akan diputuskan kemudian. 

“Cuma tarikh sebenar majlis ini belum diputuskan kerana masing-masing terikat dengan jadual penggambaran yang sedang dalam perbincangan bersama pihak produksi,” kata Raf menerusi kenyataan kepada mStar Online. 

Antara barisan artis SukaSucre Creatives yang hadir pada majlis itu ialah Imran Ajmain, Dr. Ezani Monoto, Imelda Harris, Sazrin Aizul, Amir Gani, Rhys William dan Firwan Johan.

Tags / Kata Kunci: Mawar Rashid , Raf

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan