Selalu Gaduh, Akhirnya Mahu Kahwin - Ben Ali

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 5:55 AM

Ben dan Nadiya menjalin hubungan cinta sejak hampir dua tahun.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ben Ali pernah beberapa kali putus cinta dengan kekasihnya, pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati iaitu Nadiya Shahab.

Namun, Ben Ali atau Nur Ali Nadzwan, 27, berkata mereka kembali bersama setelah masing-masing menyedari perselisihan yang berlaku itu merapatkan lagi hubungan masing-masing.

“Itulah kata orang, kalau selalu bergaduh ni, kita akan lebih memahami pasangan kita. Dulu saya tidak percaya, namun itulah hakikatnya.

“Dia akan lebih memahami apa yang kita suka atau pun tidak. Tanpa bersuara pun, dia boleh tahu perasaan kita.

“Namun, ‘penat’ jugalah apabila sebelum ini kami sering berselisih faham, sehingga kami beberapa kali putus.

Sebelum ini Ben Ali pernah dikatakan bercinta dengan pelakon Mira Filzah. 

“Lama-kelamaan saya dan Nadiya sedar walaupun asik bergaduh tapi sebenarnya kami ini serasi bersama. Dia boleh terima baik buruk saya dan begitulah sebaliknya.

“Bercakap pasal jodoh, kalau boleh saya tak mahu kahwin lewat sangat. Rancang tahun depan, namun saya berserah kepada takdir Allah. 

“Sebagai manusia kita boleh merancang apa sahaja, tapi yang menentukan adalah Dia. Doakan yang terbaik buat kami ya!” kata Ben Ali. 

Ben Ali pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Mira Filzah. Namun, kedua-duanya menafikan dan mengganggap hubungan baik itu sekadar sebagai kawan sahaja. 

Berbalik kepada karier lakonan, filem terbaru lakonan Ben Ali, Dubai My Love akan mula ditayangkan pada September depan.

Boleh dikatakan 90 peratus penggambaran filem tersebut dilakukan di Dubai pada tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Ben Ali , Nadiya Shahab

iklan

Video

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Selasa, 18 Julai 2017 3:00 PM

Waris Ada Kembar?

Kolumnis

iklan

Iklan