‘Mak Cun’ Dikutuk Dapat Pengiktirafan Luar Negara

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 6:41 AM

Erma sedang sibuk menggosok pakaian jenamanya pada Torino Fashion Week 2017. Foto Instagram @ermafatima

(Ubah saiz teks)

SANGKAKAN pelakon dan pengarah Erma Fatima membawa diri ke luar negara sejak minggu lalu sebab merajuk dikecam kerana merosakkan loghat Utara dalam dalam drama bersiri Mak Cun.

Rupa-rupanya, Erma ke luar negara sebab menyertai sebuah pertunjukan fesyen di Torino, Itali menerusi koleksi pakaiannya sendiri iaitu Mak Cun Collection.

Kelas Mak Cun! Bukan lagi jaguh Kodiang, Kedah tetapi benar-benar Mak Cun melebarkan sayap sampai ke luar negara.

Jangan main-main tau. Pertunjukkan fesyen yang memperagakan koleksi busana sederhana dan Muslimah itu turut disertai oleh hampir 200 pereka fesyen dari seluruh dunia!

Menerusi perkongsian di Instagram, Erma turut bercerita perjalanannya sebelum hari kemuncak Torino Fashion Week 2017 itu apabila dia mendapat perhatian peminat-peminatnya.

Pakaian Muslimah yang mengangkat tema flora dengan gabungan pelbagai warna itu cukup mendapat perhatian sehingga Erma menjadi buruan wartawan untuk menemubualnya.

Inilah kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Walaupun dikritik sehingga ada ingin menamparnya, namun Erma terus membuktikan dia serius dalam meletakkan jenama Mak Cun ke peringkat antarabangsa.

Pengikutnya di Instagram juga melahirkan rasa kagum terhadap pencapaian Erma dan jenama Mak Cun Collection dan mendoakan agar ia mendapat sambutan luar biasa di luar negara.

Malah sebuah portal iaitu New York Transatlantic menyenaraikan koleksi Mak Cun sebagai antara pilihan terbaik.

Portal itu menulis, koleksi Mak Cun menampilkan kemewahan daripada fabrik batik tetapi kelihatan ringkas dan menarik.

"Rekaan dipersembahkan Erma Fatima memfokuskan kepada keaslian dan kemodenan dengan warna-warni daripada fabrik batik yang menampakkan mewah tetapi ringkas," tulis portal itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan