“Henti Sebar Aurat Saya” - Zulin Aziz

Diterbitkan: Rabu, 5 Julai 2017 4:15 PM

Zulin Aziz tidak mahu isu ini diperbesarkan lagi.

(Ubah saiz teks)

PENYAMPAI radio Suria FM, Zulin Aziz meminta netizen dan pemilik mana-mana blog hiburan agar segera menghentikan penyebaran foto dan video yang memaparkan dia tidak bertudung. 

Zulin atau Farah Azleenda Abd Aziz 28, berharap agar mana-mana pihak tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan tindakan itu.

Sejak malam tadi kecoh di media sosial apabila video Zulin tidak memakai tudung di rumah keluarga pelakon veteran Normah Damanhuri tersebar di Internet sehingga dia menerima macam-macam kutukan.

"Saya mohon blog dan netizen henti viralkan foto atau video saya tidak bertudung. Kalau benda itu tak betul, buat apa nak disebarkan lagi.

"Kalau nak diikutkan, mereka yang menyebarkan aurat saya. Bukannya saya.

"Namun, saya minta maaf jika ada peminat yang sedih apabila melihat video tersebut, " kata Zulin ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Zulin tidak sangka video tersebut boleh menjadi tular di internet dan berharap netizen henti sebarkan. 

Tambah Zulin lagi, dia tidak menyalahkan kakak kepada pelakon Ahya Rosli iaitu Liana Rosli yang memuat naik video tersebut menerusi aplikasi Instastory di Instagram pada Selasa.

"Ketika itu, kak Liana sedang merakam video dan secara tidak sengaja saya ada dekat situ.

"Mungkin dia pun tidak sedar yang saya tidak bertudung lalu dia sudah berkongsi video itu. Semasa ia dirakamkan, tiada kaum lelaki. Tapi saya tidak salahkan dia kerana benda sudah terjadi pun," ujarnya.

Dalam pada itu, Zulin berharap peminat dapat menerima dirinya yang sedang dalam proses untuk berubah kearah yang lebih baik.

"Saya masih belajar untuk berubah secara perlahan-lahan. Saya berharap peminat beri sokongan dan terima saya seadaanya.

"Biarlah saya lalui proses ini dengan cara saya sendiri," katanya.

Tags / Kata Kunci: Zulin Aziz

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan