Pelakon Veteran Osman Zailani Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 5 Julai 2017 6:00 AM

Osman Zailani popular dalam drama PJ Holdings di Malaysia pada era 1980-an.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon veteran yang popular  pada tahun 1980-an iaitu Osman Zailani meninggal dunia di Singapura pada Selasa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.15 malam di  Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).

Kematian Allahyarham disahkan oleh cucunya iaitu penyanyi Hady Mirza menerusi laman sosialnya pada malam Selasa.

Allahyarham popular dalam drama bersiri PJ Holdings pada era 1980-an bersama aktres veteran Fatimah Yassin manakala Melissa Saila menjadi anak mereka.

Osman, 85, atau nama sebenarnya Mohammad Kechut dimasukkan ke hospital pada 23 Jun lalu iaitu dua hari sebelum menyambut Syawal selepas 18 hari terlantar sakit.

Bagaimanapun tidak dinyatakan punca kematian Allahyarham.

Dalam bidang filem, Allahyarham turut berlakon dalam Sesejuk Air Mata Ibu, Tujuh Biang Keladi, Suratan Kasih dan Banting.

Pada tahun 1970-an, Allahyarham pernah membawa watak Ong Lee dalam siri televisyen popular Hawaii Five-O dan juga watak Bob dalam filem Saint Jack.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Sembawang, Singapura pada Rabu.

Tags / Kata Kunci: Osman Zailani

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan