“Takkan Nak Tawar Diri?” - Wak Doyok

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 5:45 AM

Wak Doyok bakal tampil dengan filem pertama lakonannya iaitu Abang Long Fadil 2 pada Ogos depan. Foto Instagram @wakdoyok

(Ubah saiz teks)

SELEBRITI fesyen Wak Doyok belum menerima sebarang tawaran lakonan daripada produksi lain selepas terlibat dalam filem Abang Long Fadil 2.

Kata pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor ini, dia juga tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan selagi filem pertama lakonannya itu masih belum ditayangkan.

"Takkan pula saya hendak tawarkan diri sendiri tetapi sekiranya ada tawaran mungkin saya akan pertimbangkan namun setakat ini masih belum ada.

"Tidak mengapa filem pertama saya pun masih belum ditayangkan dan saya pun tidak terburu-buru dalam soal lakonan," katanya kepada mStar Online.

Abang Long Fadil 2 yang diarahkan oleh pengarah muda, Syafiq Yusof menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Datuk AC Mizal, A. Galak, Tania Hudson dan Syamsul Yusof.

Wak bergandingan dengan A. Galak dalam Abang Long Fadil 2.

Filem itu dijangka bakal ditayangkan pada 24 Ogos 2017.

Dalam pada itu, Wak yakin sekiranya lakonannya dalam filem itu mendapat ulasan yang baik tawaran berlakon akan datang dengan sendirinya.

Sebaliknya kata Wak, jika lakonannya mendapat kritikan dan filem itu gagal mendapat kutipan box-office ia turut memberi kesan kepada perjalanan karier lakonannya.

"Ia filem pertama saya dan kena tengok dahulu sama ada lakonan saya okey atau pun tidak.

"Sekiranya ia mendapat ulasan yang baik dan filem ini meletup, Insya-Allah lebih mudah untuk saya mendapat tawaran lain dan sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Wak berkata, dia berterima kasih kepada Syafiq kerana memberi kepercayaan kepadanya selain banyak membantunya dalam mengasah bakat lakonannya.

Tags / Kata Kunci: Wak Doyok , Abang Long Fadil 2

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan