Rindukan 'Tok Ti'? Boleh Tonton Berita RTM

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 6:00 AM

Normazalina pembaca berita Nasional 8 di RTM.

(Ubah saiz teks)

SITI NURHALIZA beralih ke bidang baru iaitu menjadi penyampai berita televisyen.

Jangan terkejut pula, 'Siti Nurhaliza' yang dimaksudkan itu ialah Normazalina Mohd Nor, 33, penyampai berita Nasional 8 di TV1 terbitan RTM. 

Ramai yang mengatakan wajah mereka banyak persamaan dan Normazalina mula menjadi perhatian apabila gambarnya sedang membaca berita pukul 8 malam menjadi tular di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Normazalina atau lebih selesa dipanggil Lina berkata, dia terkejut apabila menerima komen dan reaksi netizen yang menegur wajahnya seakan-akan penyanyi tersohor itu.

"Terkejut dan tidak sangka pula apabila ada kawan-kawan memberitahu tentang perkara ini menjadi viral dan komen tentang wajah seiras dengan Siti Nurhaliza.

"Pada saya tidaklah sama, mungkin teknik solekan sahaja, maklumlah, jurusolek selalu ada sahaja idea untuk solek saya seperti wajah siapa. Jadi semalam mereka kata nak buat seperti wajah Tok Ti, itu yang nampak seiras," ujarnya kepada mStar Online.

Siti Nurhaliza

Tambah Normazalina, perkara itu menjadi tular selepas wajahnya menjadi perhatian peminat-peminat penyanyi lagu Segala Perasaan itu.

Bagaimanapun dia tidak pernah berpeluang bertemu penyanyi berkenaan secara dekat.

"Perkara ini pada awalnya daripada peminat-peminat Siti Nurhaliza yang menganggap kami seiras. Selalunya selepas saya baca berita.

"Sehingga kini saya memang ada hajat nak jumpa Siti tapi tidak berpeluang lagi walaupun beliau selalu sahaja datang ke RTM," ujarnya.

Sementara itu, Normazalina berkata, dia memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2009 dan diberi peluang membaca berita pada 2010.

Kemudian, dia berhenti bekerja di agensi media tersebut untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 2013.

"Biarpun sudah berhenti sebagai wartawan penyiaran, namun saya masih lagi membaca berita secara sambilan di RTM pada hujung minggu," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan