Bibik Buat Hal Lagi, Nazia Mustafar Rugi RM50,000

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 10:28 AM

Rumah pelakon Nazia Mustafar (gambar) digeledah pembantu rumah.

(Ubah saiz teks)

BIBIK Indonesia buat hal lagi! Selepas nasib malang menimpa jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat kali ini giliran pelakon Nazia Mustafar pula menjadi mangsa.

Kejadian itu berlaku ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di Thailand.

Nazia atau sebelum ini dikenali sebagai Nadia Mustafar berkata, perkara itu dimaklumkan oleh jiran tetangganya yang curiga tentang tingkah laku bibik berkenaan.

Gambar pembantu rumah yang dikongsi di laman Instagram Nazia malam Sabtu.

"Pembantu rumah itu hanya pembantu rumah sementara dan baru bekerja selama seminggu dengan saya, pihak ejen menggantikan dia kerana bibik yang lama sudah melarikan diri.

"Pada awalnya saya ada rasa berat hati untuk meninggalkan dia bersendirian di rumah itu tapi tiada pilihan lain. Kami sekeluarga termasuk ibu bapa dan adik beradik lain sudah lama merancang untuk ke Thailand pada sambutan hari raya ini," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Aktres berusia 40 tahun itu berkata, dia sekeluarga bertolak ke Selatan Thailand pada malam hari raya pertama iaitu 26 Jun lalu dengan menaiki kereta.

Bagaimanapun, baharu dua hari percutian itu, dia dimaklumkan oleh jiran tentang kelakuan orang gaji tersebut yang pelik dan mencurigakan.

"Jiran beritahu saya tentang perangai ganjil pembantu rumah yang keluar masuk melalui laluan tong sampah.

"Jadi saya minta mereka masuk rumah saya dan melihat apa yang berlaku. Memang ada tanda-tanda pintu dipecah dan orang gaji juga sedah melarikan diri," ujarnya.

Sementara itu, Nazia berkata, dia mengambil keputusan untuk meneruskan percutian seperti dirancang bagi tidak mengecewakan ahli keluarga yang lain.

Nazia dan suaminya Hazil Izham Ismail, 43, dan keluarga bercuti di Selatan Thailand ketika bibiknya buat hal di rumah.

Tambahnya, dia pulang ke Malaysia pada pagi Sabtu dan membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pada hari yang sama.

"Kali ini kami ke pulau-pulau di Thailand menaiki kereta, jadi jika nak balik perlu ambil masa 16 jam. Saya teruskan juga percutian biarpun hati tidak tenang.

"Semalam baru saya sampai Malaysia. Masa itu memang sudah sedia mental dan tidak terkejut. Selepas itu saya terus buat laporan polis.

"Satu bilik saya digeladah dan berjaya ambil wang tunai, barang kemas dan barangan hiasan serta 10 jam tangan berharga saya dan suami," ujarnya.

Dalam pada itu, aktres ini berkata, dia percaya bahawa kejadian tersebut mempunyai hikmah tersendiri buatnya.

Katanya lagi,  ini merupakan risiko yang perlu diambil jika mendapatkan khidmat pembantu rumah warga asing.

Tags / Kata Kunci: Nazia Mustafar , Nadia Mustafar

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan