Farid Kamil Simpan Hasrat Kembali Mengarah

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 5:50 AM

Farid memberitahu dia masih menyimpan hasrat untuk kembali mengarah filem.

(Ubah saiz teks)

SUDAH agak lama pelakon Farid Kamil tidak mengarah dan kali terakhir adalah menerusi filem Pe3 yang ditayangkan pada 2012.

Kiranya sudah hampir enam tahun Farid tidak tampil dengan sebarang projek melibatkannya sebagai pengarah.

Berkesempatan bertemu dengan calon Pengarah Harapan dan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) itu baru-baru ini merungkai persoalan itu.

Jelasnya pelakon berusia 36 tahun ini, bidang pengarahan sentiasa berada dekat di hatinya namun dia membiarkan masa menentukan bilakah dia akan kembali mengarah filem.

"Pengarahan masih dalam kotak pemikiran saya dan mahu kembali mengarah karya saya seterusnya.

"Namun biarlah masa dan keadaan yang menentukan untuk saya kembali duduk di kerusi pengarah," katanya kepada mStar Online.

Untuk rekod, Farid pernah mengarahkan filem V3: Samseng Jalanan pada 2010, Kongsi (2011) dan terakhir Pe3 pada 2012.

Farid bakal muncul dengan dua buah filem pada tahun ini.

Bagaimanapun kata Farid, sepanjang tempoh itu, dia sebenarnya rancak mengumpul idea dan menulis skrip bagi filem terbaharunya.

Katanya lagi, fokusnya kali ini adalah kepada genre yang mampu dijual dan menarik penonton ke pawagam dan enggan tampil dengan sebuah nashkah 'syok' sendiri.

"Dalam lima ke enam tahun saya tidak mengarah sebenarnya saya banyak habiskan masa dengan kumpul idea dan menulis skrip.

"Jujurnya saya gemarkan genre aksi tetapi sekarang fokus saya adalah kepada filem berbentuk mesra penonton dan boleh dijual.

"Insya-Allah apabila tiba masanya saya akan kembali dengan buah tangan terbaharu sebagai pengarah," ujarnya.

Genre yang saya suka adalah aksi tetapi sekrang akan fokus kepada genre yang mampu dijual dan itu jadi saya punya fokus.

Dalam perkembangan lain, Farid berkata, pada tahun ini dia bakal tampil dengan dua buah filem iaitu Pinjamkan Hatiku arahan Osman Ali yang menggandingkannya dengan Ayda Jebat dan Shaheizy Sam.

Selain sebuah filem berjudul Tombiruo bergandingan dengan Zul Ariffin dan Nabila Huda.

Tags / Kata Kunci: Farid Kamil

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan