Hitam, Putih Pilihan Ummi Nazeera & Dr. Mohd Izzar

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 5:30 AM

Kad undangan perkahwinan pelakon Ummi Nazeera dan pasangannya, Dr. Mohd Izzar Anwari yang bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 3 Ogos depan. Foto Instagram @umminazeera

(Ubah saiz teks)

NAMPAKNYA hari bahagia Ummi Nazeera semakin dekat apabila pelakon itu mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya kepada saudara-mara dan rakan terdekatnya.

Kad undangan itu juga menjadi perhatian peminat yang memuji reka bentuknya yang cukup istimewa dan eksklusif iaitu warna putih dan hitam, selain edisi berwarna emas serta corak bunga mawar dari rona sama.

Tambah menarik, kad itu turut memaparkan gambarnya bersama bakal suami yang diambil ketika majlis pertunangan mereka pada tahun lalu.

Sepadan...Ummi dan Dr. Mohd Izzar bertunang pada 11 Disember tahun lalu. 

Ummi, 27, menerusi Instagram miliknya iaitu @umminazeera turut memuat naik gambar kad undangan itu dan mengambil kesempatan menziarahi keluarga dan rakan-rakannya untuk mengedarkan jemputan hari bahagianya itu nanti.

Peminat pelakon drama itu turut mendoakan kebahagiaan Ummi dan bakal suaminya, selain berharap majlis yang bakal berlangsung itu nanti berjalan lancar.

Ummi dan pasangannya, Dr. Mohd Izzar Anwari bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 3 Ogos depan dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Kad undangan kahwin Ummi dan Dr. Mohd Izzar turut hadir dalam warna keemasan.

Manakala kenduri disebelah pihak pengantin perempuan akan diadakan dua kali iaitu pada 5 Ogos dan 12 Ogos 2017.

Pada 11 Disember 2016, Ummi mengejutkan peminat apabila melangsungkan pertunangan dengan Dr Mohd Izzar pada sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya.

Pasangan itu diperkenalkan oleh ibu pemuda itu pada 29 Januari 2016 dan mengakui tertarik dengan jejaka berusia 30 tahun itu kerana dia berani menerima pelawaan untuk datang ke rumah dan bertemu ibunya, Datuk Seri Maziah Musa.

Tags / Kata Kunci: Ummi Nazeera

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan