Ada Hati Nak Cakap Pasal 'Heartbreak'? - Elly Mazlein

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 2:04 PM

Elly Mazlein bersama anak perempuannya Putri Sara Sefhia pada Aidilfitri. Foto Instagram @iamellymazlein

(Ubah saiz teks)

PELAKON Elly Mazlein mempunyai sebab tersendiri tidak membenarkan anaknya, Putri Sara Sefhia bermalam dengan bekas suami iaitu Azmi Hatta selepas pengarah itu dikatakan patah hati tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama anak perempuannya itu.

Elly menerusi Instagramnya memberitahu Sefhia masih menyusu badan selain bimbang Sefhia akan meragam kerana tidak mengenali bapanya dan juga orang disekelilingnya.

"Macam mana kakak lina nak bagi pada si bapa untuk bawa bermalam ke kampung halaman desa nan permai?

"Sefhia masih menyusu badan ni ada hati nak ambil Sefhia sampai empat hari di hari raya. Sefhia pun tak kenal kamu dan juga orang keliling kamu.

Antara penjelasan Elly di Instagram.

"Kalau Sefhia menangis tak berhenti empat hari tak ke kamu mendera budak itu?," soalnya.

Elly turut menjelaskan pihak mahkamah juga sudah memutuskan Sefhia hanya boleh bermalam dengan bapanya apabila mencapai usia lima tahun.

"Jangan nak bagi orang luar keliru pasal hak penjagaan anak (bayi) ya.

"Orang-orang macam inilah yang suka buat ibu-ibu yang ada masalah atau mereka yang belum berkahwin jadi takut tentang hak penjagaan anak selepas bercerai.

Sambungan penjelasan Elly di Instagram.

"Mahkamah tidak zalim memisahkan Mama dan anak yang masih menyusu badan," terangnya.

Elly tampil menjelaskan perkara itu selepas pelakon Faye Kusairai menerusi Instagram menulis kapsyen, Azmi masih mampu tersenyum walaupun sedang patah hati kerana tidak dapat berhari raya bersama anak perempuannya.

Dalam kapsyen sama, Faye menjelaskan sepatutnya tahun ini adalah giliran suaminya itu berhari raya bersama anak perempuannya yang kini berusia setahun tiga bulan.

Kapsyen yang ditulis oleh Faye.

"Sekarang ada hati nak cerita pasal 'heartbreak'? Senyum sampai gigi, telinga lagi ada," tulisnya.

Elly dan Azmi berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Tags / Kata Kunci: Elly Mazlein , Azmi Hatta

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan