Bukan Masa Fikir Pasangan Hidup - Syafie Naswip

Diterbitkan: Khamis, 29 Jun 2017 5:00 AM

Shafie tidak pernah kisah bakal isterinya nanti artis atau orang kebanyakan.

(Ubah saiz teks)

PERNAH hidup susah pada zaman kecilnya, pelakon Syafie Naswip memberitahu sekarang bukanlah waktu untuk dia memikirkan soal pasangan hidup sebaliknya perlu membahagiakan orang tuanya terlebih dahulu.

Syafie, 25, berkata, dia meletakkan sasaran pada usia 28 sehingga 30 tahun untuk bersedia melangkah ke alam rumah tangga.

"Cukup untuk saya katakan, saya mahu membahagiakan orang tua saya terlebih dahulu. Sudah waktunya saya lakukan perkara ini setelah lebih 10 tahun bergelar anak seni.

"Soal kahwin, InsyaAllah tiga hingga lima tahun dari sekarang. Saya masih selesa dengan status solo tanpa kekasih," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, kata Syafie, dia tidak pernah menentukan adakah dia akan memilih orang dalam industri sebagai pasangan hidup nanti atau sebaliknya. 

"Inilah waktunya saya mahu membalas jasa orang tua," kata Syafie.

"Bagi saya kalau hati dah berkenan, ada keserasian dan tidak bertepuk sebelah tangan, saya terima siapa pun jodoh itu selagi dia menghormati saya dan  ibu-bapa saya," ujarnya tersenyum.

Di satu sisi, pelakon telefilem Kembalikan Syawalku ini juga mempunyai pandangan peribadi apabila ditanya sejauh mana dia bersetuju dengan cinta lokasi dan fenomena hashtag yang berlaku pada hari ini.

Malah dirinya pada satu ketika pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta bersama pelakon Nadia Brian hanya kerana berlakon bersama.

"Apa yang dapat saya katakan, selalunya ia adalah strategi produksi atau pelakon itu sendiri untuk mempromosikan sesuatu karya dan kalau benarpun wujud cinta lokasi, itu hak peribadi.

"Jujur, saya tidak pernah melalui situasi itu kerana pada saya kerja adalah kerja dan gosip bersama Nadia dulu pun hanyalah satu gimik untuk mempromosikan drama Sape Dari Itali yang disiarkan pada Mac lalu di TV2," katanya.

Tags / Kata Kunci: Syafie Naswip

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan