Nak Suruh Berlakon? Maaf... Tidak! - Sharifah Aleya

Diterbitkan: Khamis, 29 Jun 2017 5:01 AM

Leya sudah hilang minat pada dunia lakonan.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Sharifah Aleya menegaskan dia tidak lagi berminat dalam bidang lakonan biarpun latar belakang dan karier seninya bermula dari bidang tersebut.

Sharifah Aleya atau lebih mesra dengan panggilan Leya, 34, berkata, namun begitu dia lebih memberi tumpuan dalam bidang pengacaraan.

"Saya memang tidak ada hati lagi untuk berlakon. Walaupun adik saya, Sharifah Amani ada mengajak saya berlakon bersama tapi saya terpaksa juga menolak.

"Ada juga rakan-rakan produser yang merajuk kerana saya tolak tawaran mereka. Nak buat macam mana, saya memang tak nak berlakon.

"Kalau saya ambil, nanti tak boleh buat yang terbaik. Saya lebih selesa menjadi pengacara program temu bual dan orang di sebalik tabir sahaja," kata Leya.

Leya, suami dan anak-anak beraya di Kuala Lumpur saja. Foto Instagram @sharifahaleya. 

Tambah Leya, dia kini bertindak menguruskan semua jadual adik-beradiknya dan juga ibunya, Fatimah Abu Bakar.

"Sekarang ini saya yang menguruskan jadual Sharifah Amani, Sharifah Aryana dan ibu kami. Saya ini seperti jam loceng untuk mereka.

"Saya orang yang akan mengingatkan apa aktiviti atau program mereka setiap hari," ujarnya.

Bercerita mengenai sambutan hari raya pula, Aleya hanya beraya di Kuala Lumpur bersama keluarganya.

Leya atau nama penuhnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid berkahwin kali kedua dengan Mohammed Azam Abdullah pada 11 Januari 2014.

Pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) ke 2014 ini mempunyai anak kembar bernama Aza Ameena dan Asha Ameena yang kini berusia 6 tahun dan Puteri Alia berusia dua tahun.

Tags / Kata Kunci: Sharifah Aleya

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan