Sherry Alhadad Tak Terdesak Nak Kahwin

Diterbitkan: Rabu, 28 Jun 2017 5:03 AM

Sherry Alhadad meletakkan soal jodoh kepada ketentuan Allah.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan pengacara Sherry Alhadad tidak berasa tertekan kerana masih belum mendirikan rumah tangga malah menegaskan dia tidak terdesak untuk berbuat demikian.

Sebaliknya kata Sherry, dia meletakkan soal jodoh kepada ketentuan Allah dan sentiasa bersikap positif mengenainya.

"Pada saya soal jodoh ini saya letakkan kepada ketentuan Allah malah ia bukan suatu masalah besar buat diri saya hanya kerana belum bertemu pasangan hidup.

"Paling penting kita kena sentiasa gembira dan positif dalam kehidupan seharian," katanya.

Sherry gembira dengan kehidupannya.

Pemilik nama sebenar Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 33, berkata, dia sentiasa bersyukur kerana diberi rezeki dalam bentuk lain.

Bagaimanapun kata Sherry, itu bukanlah bererti dia langsung tidak berusaha untuk mencari pasangan namun belum bertemu dengan lelaki sesuai.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga tetapi soal ini bukannya mudah dan ia melibatkan banyak faktor.

"Mungkin rezeki saya buat masa ini bukannya kahwin tetapi Allah beri nikmat dalam bentuk lain seperti kesihatan, kerjaya dan kerana belum mendirikan rumah tangga dapat saya menjaga ibu," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Sherry Alhadad

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan