Fareez Mentor Berlakon Pula

Diterbitkan: Rabu, 28 Jun 2017 5:01 AM

Fareez Fauzi

(Ubah saiz teks)

DIKENALI sebagai penyanyi, Juara Mentor Milenia 2016, Fareez Fauzi memberitahu dia kini cuba menceburi bidang lakonan.

Anak kepada pelakon Fauzi Nawawi ini berkata, dia bakal terlibat dengan filem berjudul Badang yang bakal ditayangkan November ini.

"Alhamdulillah, saya dapat tawaran berlakon filem berjudul Badang, watak antagonis yang memang saya suka.

"Ayah (Fauzi Nawawi) sebagai pengarah aksi dalam filem ini banyak membantu dalam menghayati watak tersebut," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, menurut Fareez bidang lakonan lebih mencabar berbanding nyanyian.

Katanya, dia berasa puas apabila dapat menjayakan karakter lasak tanpa dibantu pelakon lagak ngeri .

"Walaupun agak mencabar dan penat berbanding nyanyian, tapi saya seronok dan berasa puas apabila dapat melakukan sendiri aksi lasak," ujarnya.

Dalam pada itu ditanya tentang bekerja dengan bapanya, Fareez berkata, Fauzi seorang yang tegas terutamanya ketika berada di set.

"Di set, dia tidak menganggap saya sebagai anak dan melayan seperti pelakon lain. Jika salah saya juga kena marah.

"Tapi, dia juga banyak memberikan idea untuk saya terokai sesebuah watak,” katanya.

Selain itu, Fareez berkata, dia bakal membuat kemunculan dalam drama bersiri berjudul Cinta Untuk Atilia.

"Dalam drama itu, saya buat kemunculan istimewa dan antara pelakon lain yang terbabit ialah Nazim Othman.

"Selain itu, lagu nyanyian saya dengan judul sama turut menjadi lagu tema drama bersiri itu,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan sempena Aidilfitri, Fareez berkata dia balik beraya di Perak dan Kedah yang merupakan kampung halaman ayah dan ibunya.

"Saya pulang ke kampung ayah iaitu di Perak beberapa hari sebelum Aidilfitri, kemudian balik beraya di Kedah bersama ibu. 

"Selepas itu ada beberapa tawaran untuk persembahan rumah terbuka," ujarnya.


Tags / Kata Kunci: Fareez Mentor Milenia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan