Shaa Lasak... Bukan Nak Jadi Lelaki!

Diterbitkan: Selasa, 27 Jun 2017 5:20 AM

Shaa akui dirinya seorang yang agak kasar dan akan berpakaian mengikut keselesaan.

(Ubah saiz teks)

SEBELUM dikenali seperti ketika ini, penyanyi Shaa yang kini popular dengan lagu Pertama Kali pernah dikecam netizen kerana berimej seperti lelaki menerusi satu video yang tular di laman Facebook.

Pun begitu Shaa, 22, memberitahu, penampilannya pada ketika itu hanyalah sekadar ingin selarikan dengan gaya rambut pendeknya itu.

"Kalau nak tahu saya memang seorang yang kasar sejak kecil tetapi bukan bermakna saya mahu jadi seperti lelaki.

"Kebetulan ketika itu gaya rambut saya dipotong pendek dan saya memilih untuk berfesyen sebegitu kerana ingin seiring dengan fesyen rambut, tidak lebih dari itu," katanya sambil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan imejnya.

Shaa pernah dikritik gara-gara video berimej seperti lelaki pernah menjadi tular di Facebook.

Malah kata Shaa atau Juzratul Nisha Johari, video tersebut dirakam pada tahun lalu ketika dia bersama kumpulan Darul Aman Buskers mengadakan persembahan terbuka di salah sebuah tempat reakreasi di negeri kelahirannya, Kedah.

Dalam pada itu, kata Shaa sejak dulu dia sememangnya seorang yang agak ringkas dalam berfesyen dan akan memakai apa sahaja yang dirasakan selesa.

Justeru, apabila ada yang mendakwa sejak bergelar artis dia seolah-olah bersifat hipokrit kerana memaksa diri memakai baju ala-ala kewanitaan, anak bongsu enam beradik ini ada penjelasan tersendiri.

"Setakat ini apa yang saya pakai bermakna saya selesa, bukan buat-buat selesa.

"Cuma kalau boleh janganlah bagi saya pakai baju yang nampak 'ayu-ayu' kerana saya tidak reti nak bawa imej sebegitu!" katanya.

Shaa kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran klip video Pertama Kali  bersama Nova Music dan akan menemui peminat dalam waktu terdekat ini.

Tags / Kata Kunci: Shaa , Pertama Kali

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan