Mia Ahmad Baru Tahu Perangai Sebenar Suami - Berita Hiburan | mStar

Mia Ahmad Baru Tahu Perangai Sebenar Suami

Diterbitkan: Selasa, 27 Jun 2017 5:30 AM

Mia baru tahu peragai sebenar suami selepas berkahwin. Foto Instagram @mia.ahm4d.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Mia Ahmad memberitahu selepas berkahwin baharu dia tahu perangai sebenar suaminya, penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Mia, 29, berkata dia tidak sangka suaminya suka memasak dan membantunya dalam melakukan kerja-kerja rumah.

"Sebelum kami kahwin, saya tak pernah tahu yang Izham pandai masak dan suka bantu saya mengemas rumah. Apabila dah duduk serumah ini, barulah saya tahu itu perangai sebenar dia.

"Kalau suami nampak saya sibuk di dapur, terus dia datang membantu tanpa disuruh selain menawarkan diri mengemas rumah," kata Mia.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Mia dan suami belum sempat lagi berbulan madu sejak berkahwin pada Januari lalu. Foto Instagram @mia.ahm4d.

Biarpun sudah hampir tujuh bulan menjadi suami-isteri, Mia masih belum berkesempatan untuk berbulan madu disebabkan jadual pasukan bola sepak suaminya yang padat.

Malah, pasangan ini hanya dapat menyambut hari raya bersama selama dua hari sahaja di kampung halaman Mia yang terletak di Taiping.

"Tahun pertama kami beraya bersama tapi Izham tak dapat cuti lama. Raya kedua saya dah hantar dia ke lapangan terbang untuk perlawanan seterusnya.

"Sejak kami berkahwin, jadual suami terlalu padat sebab itu belum ada masa nak pergi berbulan madu. Tapi inilah cabaran berkahwin dengan pemain bola sepak dan saya kena terima.

"Tapi Insya-Allah bulan Ogos atau penghujung tahun ini suami ada cuti panjang, bolehlah pergi berjalan-jalan, " ujar Mia yang teringin ke Maldives.

Tahun ini merupakan tahun pertama mereka berhari raya sebagai suami-isteri.

Tags / Kata Kunci: Mia Ahmad
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan