Elyana Buat Kejutan Di Rumah Peminat

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 5:02 AM

Elyana paling suka rendang minang, kuih semperit dan suji.

(Ubah saiz teks)

LAMA sungguh tak dengar cerita penyanyi lagu Kalis Rindu iaitu Elyana sehinggalah dia kini sudah mengeluarkan single terbaru ciptaan Tam Spider berjudul Ikhlas Dalam Resah. Sedap atau tidak, anda boleh dengar di YouTube.

Berkesempatan bersembang santai dengan pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal ini, sempatlah kami bertanyakan lima fakta raya mengenai dirinya. Nak tahu apa? Jom baca.

1) Jujurnya sepanjang hidup, saya tidak pernah menetapkan tema pakaian hari raya dan saya akan pakai apa sahaja yang berkenan di hati.

2) Persiapan raya tahun ni adalah yang paling sederhana kerana lebih tertumpu kepada persiapan raya anak, Cinta Sumaiyah yang berusia enam tahun. Saya lebih teruja nak tengok dia merasai nikmat berhari raya.

Alahaii... pandainya Cinta Sumaiyah berswafoto ye! Comel macam mama dia juga.

3) Kenangan raya paling tidak dapat saya lupa sudah tentu sewaktu zaman bujang dulu. Selalunya saya akan buat kejutan kepada peminat yang berada di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur dengan berkunjung ke rumah mereka secara tiba-tiba. Maklumlah, dulu bukan zaman Instagram atau Facebook. Jadi, ini antara usaha yang saya buat untuk rapatkan hubungan dengan peminat. Melihat mereka teruja, kita tumpang seronok.

4) Memandangkan ayah saya orang minang, juadah wajib ada pada pagi raya mestilah rendang minang. Tak ketinggalan kuih semperit yang menjadi tradisi belah nenek sebelah ibu kerana nenek saya memang berniaga kuih semperit sejak dulu. Selain itu saya ni penggemar tegar kuih suji tau!

5) Percaya tak rutin hari raya saya bermula selepas bergelar isteri. Kalau masa bujang dulu jam 12 tengahari baru bangun bersiap ke rumah nenek cari makanan hihi. Namun selepas kahwin sudah tentu ada banyak tanggungjawab nak diuruskan termasuk bersiap untuk solat sunat hari raya. Selalunya hari raya kedua saya akan menziarah kubur kedua mertua saya bersama suami dan anak.

Itulah serba ringkas fakta hari raya dalam diri Elyana.

Tags / Kata Kunci: Elyana

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan