Raja Afiq Gemar Merayau

Diterbitkan: Sabtu, 24 Jun 2017 5:01 AM

Raja Afiq gemar keluar bersiar-siar di malam raya selain mengambil kesempatan membeli persiapan lebaran di Jalan TAR. Foto M. AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

PELIK juga dengan tabiat pelakon Raja Afiq apabila menjelangnya hari raya!

Mana tidaknya, Afiq memberitahu dia gemar merayau-rayau di sekitar ibu kota pada malam raya dan mengambil peluang itu untuk membeli barangan persiapan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur.

Kata Afiq, ia memang telah menjadi kebiasaannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana pada waktu itu keadaan tidak terlalu sibuk memandangkan warga kota sudah pulang ke kampung halaman!

Hai Afiq! Tak balik kampung ke?

Kata pelakon berusia 23 tahun ini dia memang menyambut Syawal di Kuala Lumpur bersama keluarganya dan baharulah menziarah sanak-saudara.

Raja Afiq menyambut Syawal di Kuala Lumpur.

"Antara perkara kegemaran yang saya lakukan pada malam raya ialah merayau-rayau dan ia sebenarnya menyeronokkan.

"Tetapi sebelum keluar saya akan memastikan membantu apa yang patut di rumah dan barulah keluar," katanya.

Berkongsi memori hari raya, Afiq berkata, ketika berusia 12 tahun dia nyaris kehilangan jarinya akibat bermain mercun.

Kejadian itu menyebabkan dia fobia untuk bermain apa juga jenis mercun sehingga ke hari ini.

"Sampai sekarang memang saya tak berani dan fobia betul dengan kejadian itu.

"Tetapi ia pengajaran paling baik untuk saya kerana kalau tidak mungkin saya masih berdegil hendak main mercun berbahaya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Raja Afiq

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan