Suami Ikut Juliana Evans Balik Kampung

Diterbitkan: Sabtu, 24 Jun 2017 5:00 AM

Tengku Shariffuddin dan Juliana Evans kali pertama menyambut Aidilfitri sebagai suami-isteri. Foto Instagram @julianaevans

(Ubah saiz teks)

PERTAMA kali menyambut Aidilfitri sebagai isteri, pelakon Juliana Evans nampaknya tak sabar-sabar hendak berhari raya dengan suaminya iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.

Kata Juliana, dia bakal membawa Tengku Shariffuddin berhari raya di Bagan Datoh, Perak pada hari raya ketiga bagi merasai suasana Aidilfitri di kampung ibunya.

Tambah Juliana lagi, dia mahu suaminya menikmati kemeriahan menyambut syawal di kampung selain mengambil peluang menziarahi sanak-saudara.

"Sudah tentu Aidilfitri pada tahun ini sangat bermakna kerana saya menyambutnya sebagai isteri dan ahli keluarga saya juga sudah bertambah.

Juliana bawa suami beraya di kampung.

"Insya-Allah saya akan bawa suami pulang berhari raya di kampung ibu pada hari raya ketiga dan dia pun teruja hendak menyambut lebaran di sana.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menziarahi ahli keluarga selain bawa suami bersiar-siar di kawasan kampung dan tempat yang banyak meninggalkan memori kepada saya ketika kecil," katanya.

Tengku Shariffuddin dan Juliana diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup pada 30 April lalu.

Bercakap lanjut mengenai Aidilfitri, Juliana berkata, dia terlebih dahulu akan berhari raya di rumah mertuanya sebelum pulang ke kampungnya.

"Persiapan sederhana sahaja tetapi paling penting semua kelengkapan untuk suami akan saya utamakan terlebih dahulu.

Tengku Shariffuddin dan Juliana berkahwin pad 30 April lalu.

"Kami juga akan berhari raya di rumah mertua dahulu sebelum pulang ke kampung saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Juliana berkata, dia akan mengadakan kenduri kahwin bagi menyambut menantu di sebelah pihaknya pada November depan.

"Sebetulnya hendak buat lepas raya tetapi jadual saya dan suami yang padat terpaksa kami anjakan ke November.

"Tetapi sebenarnya November lebih sesuai kerana kami mempunyai masa lebih panjang untuk membuat persiapan," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Juliana Evans

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan