Wah Cantiknya! 'RQ2174' Plat Kereta Rozita Che Wan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Jun 2017 6:30 AM

Rozita Che Wan bersama kenderaan SUV yang diterimannya.

(Ubah saiz teks)

RAYA sakanlah Rozita Che Wan tahun ini, maklumlah baharu sahaja menerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Haval H2 sebagai penghargaan selepas dilantik sebagai duta jenama itu Oktober lalu.

Rozita atau lebih mesra dengan gelaran Che Ta berkata, dia tidak menyangka menerima hadiah berkenaan menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Lebih menarik kereta tersebut diberikan dengan nombor pendaftaran istimewa dari Perlis, 'RQ2174', bermaksud Rozita. 

"Alhamdulillah saya tidak menyangka dapat sebuah kereta dengan nombor pendaftaran nama saya sendiri. Haval bukan jenama asing bagi saya dan saya mengikuti perkembangan kereta itu sejak dilantik menjadi duta,

"Tentang harga nombor pendaftaran itu diuruskan oleh pihak Haval," ujarnya dalam satu kenyataan.

Rozita menerima replika kunci dan kereta daripada wakil Haval.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya berbangga kerana Che Ta sudi menjadi duta kepada Haval Malaysia.

Tambah SM Nasimuddin, pihaknya berharap pelakon drama Kiah Pekasam itu dapat menggunakan kenderaan berkenaan untuk kegunaan seisi keluarga.

Kenderaan SUV keluaran China ini dijual dengan harga serendah RM89,950, termasuk GST dan insurans bagi transmisi manual, manakala varian premium bermula dari harga RM101,950.

Tags / Kata Kunci: Rozita Che Wan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan