Ayunya Uqasha Bertudung! Adakah Fikry Tergoda?

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 5:30 AM

Ramai mendoakan agar pelakon Uqasha Senrose kembali mengenakan hijab. foto Instagram @fikryibrahim

(Ubah saiz teks)

KEPUTUSAN Uqasha Senrose membuka tudung pada tahun lalu mengejutkan ramai pihak sehingga mengundang kritikan dan kecaman daripada pengikut laman sosialnya.

Bagaimanapun tindakan aktor Fikry Ibrahim memuat naik gambarnya bersama Uqasha yang lengkap bertudung di Instagram miliknya mendapat reaksi positif daripada peminat-peminat aktres itu.

Ada menyangka Uqasha sudah kembali menutup auratnya namun gambar itu sebenarnya ketika berada di set penggambaran drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Namun ia tidak menghalang peminat daripada terus mendoakan aktres itu kembali bertudung kerana kebanyakannya memuji kejelitaan Uqasha lebih menyerlah apabila mengenakan hijab.

@fatimah_shariff: kan manis kak Uqasha pakai tudung.

Gandingan Uqasha dan Fikry dalam Hero Seorang Cinderella menjadi.

@shafinas_shake: Anda kelihatan lebih cantik dan ayu apabila berhijab.

@86nurul_azizan: Cantik comel Uqasha brtudung. Semoga suatu hari nanti Uqasha akan kembali bertudung. Doa-doakan yang baik-baik. Amin.

Dalam pada itu, ada juga peminat mereka mengusik Fikry dan Uqasha dengan mengatakan mereka pasangan secocok sebagai pasangan kekasih.

Amboi! Melalut ke lain dah nampaknya tu. Tapi ada juga benarnya dan ia bukti lakonan mereka sebagai Puteri dan Farizzam dalam Hero Seorang Cinderella meninggalkan kesan di hati penonton.

@onestopforwomen: Awww...mungkinkah ini Imam Uqasha? Bagai pinang dibelah dua... love both of u in drama HSC.

@rinah94_official: Fikry Ibrahim dan Uqasha bagai pinang dibelah dua...Suka menonton lakonan anda dalam Hero Seorang Cinderella.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan