Neelofa, Nabil Ahmad Cuti Dua Minggu

Diterbitkan: Khamis, 22 Jun 2017 12:14 PM

Neelofa kini sedang bercuti dan hanya akan kembali mengacarakan MeleTOP pada 11 Julai kelak.

(Ubah saiz teks)

DIKEMAS KINI

NEELOFA bercuti rupa-rupanya, pihak Astro mengesahkan pasangan pengacara MeleTOP, Neelofa dan Nabil Ahmad kini sedang bercuti selama dua minggu bersempena sambutan Aidilfitri.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, pasangan itu akan kembali mengacarakan program mingguan itu seperti biasa bermula 11 Julai depan.

"Dari awal lagi mereka telah menyatakan hasrat untuk bercuti sepanjang tempoh tersebut kerana sudah merancang untuk menunaikan ibadah umrah.

"Oleh yang demikian, pihak produksi MeleTOP sudahpun membuat perancangan untuk mengundang Siti Nordiana dan Imam Muda Ashraf sebagai hos jemputan bagi menggantikan ketiadaan Nabil dan Neelofa untuk episod yang disiarkan pada 20 Jun lalu," kata kenyataan itu.

Paparan skrin Neelofa diberikan cuti oleh pihak produksi.

Menerusi beberapa episod sebelum ini juga, Neelofa yang juga pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu sudah memberitahu akan menunaikan ibadah itu pada Ramadan ini.

Dalam pada itu, seperti dua tahun kebelakangan ini, pengacara itu bercuti pada setiap bulan Ramadan untuk tidak melepaskan peluang berpuasa di tanah suci.

Bagaimanapun, difahamkan terdapat masalah mahram menyebabkan hasrat Neelofa untuk menunaikan ibadah itu terpaksa ditunda buat masa ini.

Fattah Amin dan Fazura sebagai tetamu undangan program MeleTOP.

Terdahulu, pada program MeleTOP pada Selasa, hos rancangan itu, Neelofa dikecam netizen yang kononnya tidak boleh tentang mata dengan tetamu episod itu, Fattah Amin dan Fazura.

Netizen khususnya peminat gabungan pelakon Hero Seorang Cinderella yang digelar Fattzura itu mempersoalkan tindakan Neelofa sebagai sengaja tidak mahu bertemu pasangan itu.

Hos pada malam itu digantikan dengan penyanyi Siti Nordiana, sementara Imam Muda Asyraf menggantikan Nabil Ahmad.

Tags / Kata Kunci: Neelofa , MeleTOP , Fattzura

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan