Menitis Air Mata Kerana 'Ikhlas'

Diterbitkan: Rabu, 21 Jun 2017 6:11 AM

Iklan raya Pelaburan Mara.

(Ubah saiz teks)

SEJAK dilancarkan pada Ahad lalu, iklan hari raya terbitan Pelaburan Mara Berhad (Pelaburan Mara) mendapat perhatian netizen yang memberi komen positif.

Filem pendek berjudul Ikhlas  yang membariskan pelakon-pelakon popular itu dikatakan terlalu sedih sehingga ada yang tidak sanggup untuk menontonnya sehingga penghujung.

Antara pelakon terlibat ialah Datuk Rahim Razali, Azizah Mahzan, Faizal Hussein, Fadzillah Mansor, Fauziah Ahmad Daud, Wan Hanafi Su, Umie Aida dan Que Haidar.

Video berdurasi 7 minit 55 saat itu turut memuatkan lagu berjudul Ayah, nyanyian Azmi Caliph Buskers, manakala lirik dan lagu dihasilkan oleh Edry KRU.

Ada juga netizen yang menyamakan kisah tersebut seperti kemalangan di Lebuh Raya Duke yang pernah tular suatu ketika dahulu.

Antara komen yang ditulis netizen pada video berkenaan.

Antara komen netizen di laman youtube berkenaan.

@Adila Amriyatun memang banyak terjadi kes macam ni...anak-anak simpati taknak dijaga..tapi harta si mati, adik-beradik berebut, ikut faraid katanya, sedangkan harta faraid itu hanya diamanahkan kepada diorang untuk kegunaan anak-anak arwah.

@Zati Hamzah Sekali jelah tengok video ni, meleleh air mata. Selamatkanlah semua yang pulang ke kampung halaman.

@Zaid Zolkipli Alhamdulillah, iklan yang baik. Walaupun sedih, tapi kesan dari iklan ni, ramai yang terus call mak ayah. Dari sibuk bekerja, terus sebak teringat orang tua di kampung. Lagi membara semangat untuk balik beraya di kampung dan bergembira bersama orang tua, selagi hayat mereka masih ada.

@Hasmida Yusoff Memang sedih... walaupun cuma iklan tapi kalau kita ada mengikuti kisah-kisah benar yang seakan cerita ni, memang akan keluar air mata.

Filem pendek ini memaparkan seorang bapa saudara yang ikhlas ingin membantu arwah abang dan kakak iparnya untuk menjaga anak mereka setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan meninggal di tempat kejadian.

Kemalangan tersebut berlaku semasa abang dan kakak iparnya dalam perjalanan pulang ke kampung untuk beraya bersama tiga anak yang masih kecil, sementara empat anak mereka yang lain pulang ke kampung menaiki bas, kerana ruang yang terhad di dalam kereta. 

Ahli keluarga yang lain tidak sanggup menjaga empat beradik ini dengan memberikan pelbagai alasan.

Tags / Kata Kunci: Iklan Raya , Pelaburan Mara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan