Wah! Hael Husaini Dah Jadi Ayah

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 11:45 AM

Hael bersama anak angkatnya Nur Helena. Foto Instagram @haelhusaini

(Ubah saiz teks)

SEJAK kebelakangan ini, penyanyi Hael Hussaini sering memuat naik beberapa keping foto bayi di laman sosial Instagramnya sehingga menimbulkan tanda tanya peminat.

Ada juga peminatnya yang patah hati sehingga menyangka penyanyi lagu Jampi ini sudah pun berkahwin dan bergelar bapa.

Hael, 29, yang ditemui pada majlis berbuka bersama peminatnya Ahad lalu, menjelaskan bahawa bayi perempuan tersebut merupakan anak angkat yang diterimanya daripada sebuah keluarga pada bulan lalu.

"Alhamdulillah, saya anggap Allah beri rezeki terhadap sambutan lagu Jampi bersama satu lagi rezeki lain yang sangat berharga iaitu seorang anak angkat.

"Saya ambil sejak dia baru dilahirkan kira-kira sebulan lalu dan sekarang masih lagi dalam proses dokumentasi," ujarnya kepada mStar Online.

Hael terpaksa membahagi masa untuk anak dan kerjaya yang sedang meningkat naik.

Dalam pada itu, Hael atau Hal Husaini Razmi berkata, kehidupan berubah 360 darjah selepas bergelar bapa bayi yang diberi nama Nur Helena itu.

Katanya, dia juga terpaksa membahagikan masa terhadap kerja dan memberi perhatian kepada bayi berkenaan.

"Semenjak ada tanggungjawab baru ini kehidupan saya berubah, Helena masih lagi memerlukan perhatian penuh.

"Saya bernasib baik kerana keluarga banyak membantu menjaga bayi ini jika saya keluar bekerja," ujarnya.

Sementara itu, Hael turut berkata, dia tidak terlalu mendedahkan bayi berkenaan di laman sosial sebelum selesai segala proses penjagaan.

"Insya-Allah jika semua sudah selesai saya akan kongsi dengan peminat tentang bayi berkenaan.

"Sekarang ada juga saya muat naik gambar dia tapi tidak banyak, itu yang membuatkan ramai tertanya-tanya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Hael Husaini , Jampi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan