Saya Tak Alu-Alukan Orang Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 5:33 AM

Aznil tidak bermaksud mengalu-alukan kedatangan sasterawan yang sudah meninggal dunia ketika mengacara majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri.

(Ubah saiz teks)

PENGACARA Datuk Aznil Nawawi menafikan dia membuat kesilapan dengan mengumumkan kehadiran individu termasuk yang sudah meninggal dunia pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lalu.

Aznil berkata, nama-nama sasterawan yang disebut seperti Usman Awang, Datuk Shahnon Ahmad dan Datuk Ahmad Boestaman ketika menjadi pengacara majlis itu tidak bermaksud mereka turut hadir pada majlis berkenaan.

"Nama-nama yang saya sebut itu bukan bermaksud saya mengalu-alukan kedatangan mereka. Tetapi lebih kepada mengalukan semangat mereka.

"Pada majlis ini, kita nak raikan semua golongan termasuk sasterawan dan itu antara nama-nama besar dalam bidang masing-masing yang diberikan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri.

Aznil sempat berswafoto dengan Datuk Seri Najib ketika majlis berbuka puasa bersama penggiat seni di Sri Perdana, Putrajaya Ahad lalu.

"Saya juga ada sebut nama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tapi tak bermakna beliau datang.

"Memang mereka sudah tiada tapi itu tanda semangat mereka masih ada bersama," kata Aznil yang mengambil teguran itu secara positif.

Aznil mengulas teguran pihak tertentu yang menyangkakan dia membuat kesilapan apabila mengumumkan kedatangan individu yang sudah meninggal dunia pada majlis berbuka puaasa bersama  sasterawan, karaywan, budayawan, seniman dan penyiar di kediaman Najib di Sri Perdana, Putrajaya pada Ahad lalu.

Kira-kira 2,000 tetamu termasuk artis baharu dan lama hadir pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu tambah Pak Nil lagi, dia mengakui kadang-kala dalam melakukan tugas, memang banyak perkara diberikan kepadanya di saat-saat akhir. Namun, itu adalah satu cabaran buatnya.

"Saya tidak mengganggap perkara ini negatif. Teguran itu adalah suara untuk pembaikkan. Kalau diam saja, kita akan kerja cara kita.

"Benda ini juga mengajar kita dan saya terbuka menerima teguran atau kritikan.

"Bagi saya, suara mereka bukan sekadar tin kosong tapi ada sesuatu berguna," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Datuk Aznil Hj Nawawi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan