Adakah Alif Satar & Neelofa Mampu Jadi Fenomena?

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 6:17 AM

Gabungan Alif dan Neelofa dikatakan bakal mencetus fenomena baru drama melayu menerusi Red Velvet. Foto Instagram @drama.redvelvet.

(Ubah saiz teks)

BELUM sempat lagi menjalani penggambaran Red Velvet, drama itu dikatakan bakal menjadi fenomena baru.

Malah, peminat sudah mewujudkan hastag baru #Alofa  di laman sosial gabungan dua pelakon drama tersebut iaitu Alif Satar dan Neelofa. 

Malah #Alofa mula dipenuhi oleh pengikut di Instagram sejak minggu lalu. Bersemangat peminat Alif dan Neelofa berkempen di laman sosial untuk promosikan drama itu.

Neelofa pernah mencipta kejayaan lakonannya menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot. 

Jika Alif dan Siti Nordiana pernah mencetus fenomena luar biasa menerusi drama lakonan mereka iaitu Dia Semanis Honey, tidak mustahil gabungan aktor itu dengan Neelofa mampu mengatasi kejayaan drama yang dibintangi mereka sebelum ini.

Neelofa pernah menjadi fenomena selepas digandigkan dengan Fattah Amin dalam Suri Hati Mr. Pilot.

Keserasian dan kisah percintaan Neelofa dan Fattah Amin menjadi faktor utama drama SHMP mencipta kejayaan drama paling popular ketika itu. 


Alif teruja dapat bergandingan dengan Neelofa menerusi drama Red Velvet. 

Sememangnya, gandingan kali ini membuatkan peminat mereka berdua ternanti-nanti, terutamanya peminat Neelofa kerana dia pernah menolak tawaran berlakon drama Hero Seorang Cinderella.

Agak-agaknya, #Alofa mampu atau tidak mengatasi fenomena #Lofatta dan #Fattzura? 

Alif dan Neelofa dijadulakan bakal menjalani penggambaran drama Red Velvet  selepas sambutan hari raya Aidilfitri depan.

Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Tags / Kata Kunci: Alif Satar , Neelofa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan