Putus Tunang! Biarlah Saya Selesaikan Dulu

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 6:35 AM

Indah Ruhaila putus tunang selepas empat tahun.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Indah Ruhaila memberitahu dia tidak berhasrat untuk memberi sebarang kenyataan terhadap status  pertunangannya yang dikhabarkan sudah berakhir.

Indah, 30, berkata, dia perlu menyelesaikan perkara tersebut cara baik agar tidak melukakan hati mana-mana pihak.

"Susah untuk saya komen tentang perkara ini kerana ia akan melibatkan keluarga dan banyak hati yang perlu dijaga. Jadi, biarlah saya selesaikan secara baik dahulu sebelum beri sebarang kenyataan.

"Insya-Allah, saya akan beri jawapan dalam  masa terdekat," ujarnya kepada mStar Online.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, ditemui pada majlis berbuka puasa bersama peminat yang diadakan di Ruang, di sini, malam Ahad.

Indah mengikat tali pertunangan dengan seorang pengurus akaun seminggu sebelum memasuki program Akademi Fantasia 2013.

Sementara itu, Indah turut menafikan dakwaan muncul orang ketiga sebagai punca ikatan pertunangan yang dibina selama empat tahun itu berantakan.

"Masalah hubungan kami itu tiada kena mengena dengan orang ketiga. Saya tidak mahu memberitahu atau cerita perkara ini kepada umum kerana ia terlalu peribadi.

"Apa yang saya harapkan agar semua peminat mendoakan yang terbaik tentang hubungan kami," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Indah Ruhaila

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan