Kucing Aliff Syukri Sama 'Famous' Macam Artis

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 6:18 AM

Datuk Aliff Syukri membeli Dodi dengan harga RM30 ribu kerana minat. FOTO: Instgram @aliffsyukriterlajaklaris

(Ubah saiz teks)

HANYA dengan berkongsi kisah dan video kucing peliharaannya di laman Instagram, siapa sangka kucing milik pengasas produk D'Herbs Datuk Aliff Syukri lebih popular daripada sesetengah artis yang ada di Malaysia! Kelas gitu!

Intagram yang diberi nama @kucingajaib sehingga kini telah mengumpul 154,000 pengikut dengan 588 posting sejak ia mula diperkenalkan pada April 2016 menerusi sekeping gambar dengan kapsyen: "Hello...im Dodi...umur saya 3 bulan. Ahli keluarga baru @aliffsyukriterlajaklaris."

Sekiranya anda antara pengikut Instagram @kucingajaib, anda akan melihat betapa video-video yang dimuatnaik amat menghiburkan!

Manakan tidak, melihat aksi bersahaja Datuk Aliff cuba menjinakkan Dodi sangat melucukan kerana sifat kucing itu sendiri dilihat agak agresif dan sukar dijinakkan.

Antara aksi lucu Aliff Syukri menjinakkan Dodi.

Malah beliau beberapa kali telah dicakar haiwan itu namun belum pernah mengalami luka yang serius.

Dikatakan Dodi merupakan kucing import yang dibeli dengan harga RM30 ribu. 

Malah dalam satu kenyataan Datuk Aliff memberitahu dia membeli haiwan eksotik itu bukan kerana nak menunjuk-nunjuk tetapi dek kerana minat sehingga sanggup menyimpan duit untuk memilikinya.

Di satu sisi, beliau pernah menyuarakan rasa kesalnya apabila ada pihak mendakwa dia membela Dodi tanpa permit yang sah.

Kisah Dodi semakin menjadi perhatian netizen apabila pengusaha yang popular dengan tagline 'Terlajak Laris' ini bercadang untuk menjual kucing tersebut yang kini berusia dua tahun dengan harga RM50 ribu bersama permit.

Dodi kini sudah berusia dua tahun.

Ini kerana, dikatakan kucing tersebut menjadi semakin agresif selepas melalui satu pembedahan luka sehingga sukar dijinakkan biarpun dibantu tiga orang sukarelawan.

Bagaimanapun hasrat itu dibatalkan pada status terbaru @kucingajaib beberapa jam lalu di mana Datuk Aliff mengesahkan Dodi kini semakin jinak sambil berterima kasih kepada netizen yang berkongsi tips bagi tujuan itu.

Fuhh... lega dengar. Kami percaya Datuk Aliff juga pasti rasa berat hati untuk melepaskan Dodi. Betul tak Datuk? Hihi...

Tags / Kata Kunci: Datuk Aliff Syukri

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan