Nak Berniaga, Kena Sihir Pula!

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 1:00 PM

Aeril Zafrel tidak menyangka ada pihak cuba melakukan sabotaj perniagaannya pada bulan Ramadan ini.

(Ubah saiz teks)

PADA zaman serba moden, rupa-rupanya masih ada segelintir masyarakat yang percaya dengan perkara tahyul dan syirik hanya kerana rasa dendam dan tidak puas hati terhadap orang lain.

Di akhir-akhir Ramadan yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi, gempar apabila aktor Aeril Zafrel mendakwa ada pihak yang cuba melakukan perbuatan syirik untuk sabotaj perniagaannya.

Aeril memuat naik gambar buluh yang diikat dengan tali guni hingga kelihatan seperti anak panah.

Bahan yang dijumpainya di gerai jualannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam Ahad itu kemudiannya dipercayai dibakar dan direndam dalam cairan lilin.

"Jumpa benda ini dekat booth masa berniaga malam tadi di PWTC. Apalah niat sebenarnya? Astaghfirullah...," tulisnya pada kapsyen.

Dakwa Aeril, ia bukan kali pertama dia menemui benda yang sama di gerainya malah kejadian serupa pernah berlaku ketika dia berniaga di Johor.

Perkongsian Aeril mengenai perkara itu turut mendapat perhatian pengikutnya.

"Bulan Ramadan pun nak buat macam ni, bukan booth di Kuala Lumpur saja, tetapi gerai kami di Johor pun sama. Ada staf jumpa benda sama," katanya.

Dalam pada itu, Aeril menyatakan rasa kesal apabila masih ada orang yang percaya kepada perkara tahyul walaupun sekarang bulan Ramadan.

Tidak mendedahkan dalang disebalik perbuatan itu, Aeril bagaimanapun memberi bayangan dia mengetahui gerangan yang cuba melakukan perbuatan syirik itu menerusi hastag #iknowwhouare (saya tahu siapa anda).

"Cukup-cukuplah, percaya pada rezeki masing-masing. Hasbunallahhu wani'malwaqil ni'malmaula wani'malnaseer...#iknowwhouare," tulisnya.

Malah Aeril sudah merujuk barang pelik yang ditemuinya itu kepada pakar dalam bidang perubatan Islam dan dia diberitahu ia adalah salah satu bentuk sihir.

"Zaman sekarang ada lagi orang percaya benda-benda ni. Sudah bawa pergi jumpa pakar dalam bidang ini, ternyata ia sihir," tulisnya lagi.

Pihak mStar Online cuba mendapatkan penjelasan Aeril untuk mengulas hal itu lebih mendalam namum dia tidak menjawab panggilan telefon.

Tags / Kata Kunci: Aeril Zafrel

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan