Model 'Awek' Ismail Izzani?

Diterbitkan: Ahad, 18 Jun 2017 12:00 PM

Ismail Izzani memuat naik foto bersama kekasihnya di laman sosial. Foto Instagram @ismailizzani_.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Ismail Izzani yang digelar Justin Bieber Malaysia mengejutkan peminatnya apabila dia memuat naik foto dengan seorang gadis yang dikatakan kekasihnya.

Bila baca ruang komen foto tersebut ada yang gembira dan ada juga kecewa dengan tindakan Ismail itu.

Gadis yang bernama Sharifah Rose itu bekerja sebagai model muslimah sambilan dan popular di laman sosial.

Ismail Izzani popular menerusi lagu Sabar. Foto Instagram @ismailizzani_. 

Antara komen yang ditinggalkan peminat mengatakan mereka sepadan.

Ada juga yang menyamakan mereka umpama kakak dan adik.

@safirashamsul: Both of you so sweet.

@izzwanizzailan: Sharifahrose sangat cantik! Sesuai sangat both of you.

@pykaghani: Cepat kahwin tau.

@syamilarazhar: Semoga kamu berdua ada jodoh @ismailizzani_ dan @sharifahrose_

@bilahftr: mencuba untuk menerima :( 

@saidatulfatihah_: macam kakak dengan adik je huhu

Bagaimanapun usaha mStar Online mendapatkan komen Ismail sejauh manakah hubungan mereka itu tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan yang dibuat.

Ismail baru berusia 17 tahun yang juga anak kepada penyanyi tahun 1980-an iaitu Datin Suliza Salam.

Tags / Kata Kunci: Ismail Izzani

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan