Luahan Hati Buat Bapa Tersayang

Diterbitkan: Ahad, 18 Jun 2017 5:30 PM

Bakat seni Amy mengalir dalam diri Nabila.

(Ubah saiz teks)

BERSEMPENA sambutan Hari Bapa pada Ahad, ramai yang menyampaikan ucapan dan meluahkan isi hati kepada bapa masing-masing di laman sosial, tak terkecuali artis-artis yang begitu menghargai pengorbanan insan tersayang itu. 

Jom semak ucapan Hari Bapa yang disampaikan Nabila Huda, Hanis Zalikha, Nad Zainal, Zulim Aziz dan Sherry Ibrahim buat ayah kesayangan mereka.

Nabila Huda

Nabila dipangkuan papanya. Agak-agak berapa usia Nabila masa ni? Comelkan!

'Sweetnya' apabila pelakon Nabila Huda memuatnaik beberapa keping gambar bersama papanya, Amy Search bersempena meraikan sambutan Hari Bapa pada hari ini di laman Instagram miliknya.

Nabila, 33, dalam kapsyennya menerusi instagram @kupu_kupu berbunyi, "Biarpun ini adalah kehidupan yang telah dipilih untuk kita berdua teruskan hidup, dekat atau jauh, tidak pernah ianya berlalu tanpa saya memikirkan tentang kamu. Dan saya saya harap hati awak juga sebegitu. Selamat Hari Bapa, Papa!" tulisnya.

Antara gambar yang dimuat naik Nabila ialah foto sewaktu dia kecil dan ketika itu berada di atas ribaan papanya Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 59, sambil beraksi memegang telefon.

Lucunya, ada netizen menyifatkan wajah Nabila ketika itu seperti iras anaknya, Keisya Laila yang bersia tujuh tahun.

Beberapa keping gambar lain yang dimuatnaik adalah gambar Amy Search ketika muda selain  gambar mereka bersama penuh mesra.

Hanis Zalikha

Hairul bersama heronya, Yusuf Iskandar.

Hanis Zalikha pula menerusi Instagramnya mengucapkan selamat Hari Bapa kepada suaminya Hairul Azreen, 28, dengan memuatnaik sekeping gambar cinta hatinya itu bersama anak mereka, Yusuf Iskandar dengan kapsyen yang tak kurang menariknya.

"Kepada bapa yang bangun malam tanpa perlu berdengus, selamat Hari Bapa @hairulazreen. Suami macam ni nak beranak ramai pun takpe. Eh."

Kapsyen tersebut mengundang ratusan komen netrizen yang ada di antara mengusik manja pasangan ini agar dapat memberi adik kepada Yusof secepat mungkin.

@nik.hashimah: @hairulazreen... your wife dah bagi tanda-tanda dah bersedia untuk anak kedua... selamat berbahagia @haniszalikha.

Hah Hairul, apalagi? hihi...

Nad Zainal

Aksi lucu suami Nad Zainal mencuri perhatian netizen.

Posting pelakon Nad Zainal tak kurang menarik perhatian netizen. Mana tidaknya, dia memuatnaik beberapa keping gambar hitam putih yang salah satunya menunjukkan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin dengan aksi memakai topeng Power Rangers sedang memberi susu kepada bayi mereka, Fahad Ibrahim.

Dalam posting berkenaan, Nad dalam nada berseloroh mengucapkan selamat Hari Bapa dengan kapsyen: "Selamat Hari Bapa...Selamat Hari Bapa...Selamaaatt Hariii Baaapa. We love you. Tengok gambar pun tahu korang BFF." tulisnya.

Zulin Aziz

Ayah Zulin, Aziz Jaafar meninggal dunia pada 2009. Al-fatihah.

Bagi penyampai radio Suria, Zulin Aziz, ucapan Hari Bapa di tujukan buat Allahyarham bapanya, Aziz Jaafar yang meninggal dunia diusia 48 tahun akibat salur darah di kepala yang pecah.

Biarpun kapsyen yang ditulis cukup ringkas, namun amat menyentuh hati. Menerusi sekeping gambar, Zulin menulis: "Happy Fathers Day. Kakak rindu abah.

Sherry Ibrahim

Sherry turut meraikan ulangtahun kelahiran ayahnya pada Jun.

Pelakon Sherry Ibrahim pula mengakui kehadiran Jun adalah bulan yang ditunggu-tunggu kerana dapat meraikan dua sambutan buat ayahandanya, Ibrahim Yaakob.

Sherry atau Shariffah Ainatasya Bt Ibrahim, 34, memuatnaik gambar ayahnya sedang memakai topi keledar dengan kapsyen: Bulan Jun adalah bulan yang teramat istimewa.lelaki kacak berada di sini. Terbaik dan seorang yang saya sangat hormati. 

Bulan kelahiran papa dan hari bapa. I love you so much papa. Awaklah segalanya  untuk saya. Semoga Allah selalu lindungi di mana sahaja papa berada. Kita jumpa nanti#myfathermyhero.

Tags / Kata Kunci: Nabila Huda , Hari Bapa

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan