Buat Apa Nak Malu? - Syafie Naswip

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 6:36 AM

Syafie Naswip sertai bengkel lakonan bagi memantapkan lakonannya.

(Ubah saiz teks)

BAGI pelakon Syafie Naswip, pengalaman dalam bidang lakonan hampir sedekad bukan satu tiket untuk dia menganggap dirinya setanding nama-nama besar dalam industri perfileman.

Sebaliknya kata aktor berusia 24 tahun ini, dia sentiasa dahagakan ilmu bagi menggali sisi lain dirinya dalam memantapkan mutu lakonan pada masa hadapan.

Katanya, atas dasar itu sejak awal tahun ini dia mengambil inisiatif untuk menyertai bengkel lakonan daripada guru berpengalaman.

"Buat apa nak malu masuk kelas lakonan walaupun sudah ada pengalaman atau memenangi anugerah kerana setiap ilmu yang diperoleh sangat berharga.

"Alhamdulillah, sekiranya tiada penggambaran saya akan menyertai bengkel lakonan dan saya pernah mengikuti kelas anjuran Fatimah Abu Bakar, Sabri Yunus dan Fauziah Nawi.

"Tak rugi ambil bengkel lakonan kerana bukan senang hendak dapat peluang timba ilmu dengan insan seni hebat seperti mereka,' katanya.

Syafie Naswip.

Untuk rekod, Syafie pernah memenangi trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM) 2007 menerusi lakonannya dalam filem Mukhsin.

Syafie juga adalah pemenang dua kali trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Talentime pada FFM22 dan Songlap menerusi FFM25.

Sementara itu, bercakap mengenai Ramadan, Syafie berkata, selain menyertai bengkel lakonan, dia mengambil kesempatan ini menghabiskan masa bersama keluarga sebelum kembali sibuk selepas Aidilfitri.

"Seperti kebanyakan kita, saya juga ambil kesempatan Ramadan ini untuk memperbanyakkan ibadat selain menghabiskan masa bersama keluarga dan lupakan kerja buat sementara.

"Lagipun penggambaran telefilem untuk siaran hari raya juga sudah siap dan saya memang tak ambil tawaran lain dalam bulan Ramadan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Syafie Naswip

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan