Hidayah Itu Milik Tuhan - Brian Chen

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 6:24 AM

Brian berharap tahun ini dia boleh berpuasa penuh seperti dua tahun lalu. Foto Instagram Abang Brian.

(Ubah saiz teks)

KEMERIAHAN menyambut bulan Ramadan tidak hanya dinikmati oleh masyarakat Melayu, malah ia turut dirasai oleh penyampai radio Suria FM, Brian Chen.

Memasuki tahun ketiga berpuasa penuh, Brian, 31, mengakui ada yang bertanya mengenai keinginannya untuk mendalami agama Islam.

"Saya bersyukur tahun ini saya akan cuba untuk berpuasa penuh seperti dua tahun lalu. Ramai yang bertanya kepada saya bila dah seronok berpuasa ini, pernah tak terlintas untuk pelajari Islam lebih mendalam.

"Apa yang saya boleh katakan, hidayah itu milik Tuhan. Saya tak boleh nak beri jawapan untuk soalan seperti itu," kata Brian.

Brian sudah mengamalkan berpuasa sejak enam tahun lalu. 

Bagi memastikan dirinya kekal bertenaga, Brian akan bersahur dan berkongsi penyediaan hidangan secara sihat menerusi Instagram miliknya.

Meskipun terpaksa bangun seawal pukul 4 pagi, Brian tidak menganggap perkara tersebut sebagai suatu bebanan kerana telah biasa dengan rutin tersebut.

“Bagai kata pepatah, alah bisa tegal biasa, jadi saya tidak mempunyai masalah untuk bangun pagi kerana ia sememangnya rutin sepanjang Ramadan sejak tiga tahun lalu,” jelas penyampai segmen Menu Suria itu bersemangat.

Selain menyertai kenalan beragama Islam berpuasa, pemuda kelahiran Batu Pahat, Johor itu juga mengakui memperoleh banyak manfaat daripada amalan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Brian Chen , Suria FM

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan