30 Ekor Kucing Dalam Hidup Zara Zya

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 5:37 AM

Antara kucing yang masih bersama Zara Zya.

(Ubah saiz teks)

MAK oii biar betul ni? Tapi hakikatnya itulah yang diberitahu pelakon manis Zara Zya yang hidupnya pernah dikelilingi 30 ekor kucing! Hah, macam mana tu?

Kata Zara, 32, semuanya bermula tujuh tahun lalu di mana dia membeli seekor kucing sebelum dihadiahkan seekor lagi kucing oleh pengarah Kabir Bathia. 

Dari situ hatinya mula jatuh cinta dengan kemanjaan haiwan kesayangan nabi itu.

"Dulu tidak suka sangat nak membela kerana fikirkan susah nak menjaga sebab tiada masa. Namun sejak membela, saya dah tak boleh move on (ketawa) dan terus membeli empat ekor lagi biarpun pada ketika itu sudah ada sepasang di rumah.

"Benarlah kata orang bila dah suka sesuatu benda, kita sanggup berhabis duit dan dek kerana dah mula rasa sayang pada haiwan ini, rumah saya pernah dipenuhi 30 ekor kucing pelbagai baka dan merekalah penghibur hati saya, " ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Zara, ke semua kucing itu ditempatkan di dalam sebuah bilik khas yang selesa di rumah teres miliknya dengan menggaji seorang pekerja bagi memantau kebajikan kucing-kucingnya itu.

Zara Zya akui keletah kucing sering membuatkan hatinya terhibur.

Dalam pada itu Zara atau Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin berkata, apabila sudah terlalu banyak, ada di antara kucing tersebut kurang diberi perhatian dan menjadi agak agresif apabila didekati.

Menyedari perkara itu, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant ini tekad untuk memberi sebahagian daripada kucingnya itu kepada rakan-rakan yang pernah berkongsi hobi serupa.

"Menangis jugalah sewaktu nak lepaskan mereka tapi itu mungkin cara terbaik dari terus seksa si comel ni tanpa perhatian dan kasih sayang yang cukup," katanya yang kini hanya tinggal 11 ekor kucing yang dibelanya di rumah.

"Sebelas yang tinggal antara yang manja dengan saya dan rasanya cukuplah dengan jumlah yang ada sekarang. Saya tak nak mereka terabai, kesian, " katanya.

Tambahnya lagi, dia pernah berhabis hampir ribuan ringgit sebulan bagi memastikan pemakanan dan penjagaan kucing-kucingnya itu sentiasa berada dalam keadaan selesa dan memuaskan.

Dalam perkembangan lain, Zara yang mempunyai minat mendalam dalam lapangan perniagaan kini mengeluarkan produk Slimming Lotion jenamanya sendiri.

"Produk ini sudah tiga bulan saya jual secara online dan mendapat maklumbalas yang sangat bagus dari pelanggan kerana kegunaannya yang pelbagai," ujarnya yang akan pulang sehari ke kampungnya Temerloh, Pahang untuk menyambut Aidilfitri.

Zara Zya akan tampil dengan dua buah drama raya bersempena sambutan aidilfitri depan iaitu Kuih Raya Mak Leha dan Hura Hara Raya di TV9.

Tags / Kata Kunci: Zara Zya

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan