Fatin Afifah Tertekan Sehingga Tak Boleh Makan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 11:55 AM

Fatin bersama suaminya Adam Shah.

(Ubah saiz teks)

DAH kurus nak kurus lagi? Semalam, pelakon filem Hospital Fatin Afifah dikecam netizen gara-gara foto yang dimuat naik di laman sosial Twitter dengan kapsyen bila nak kurus ni?.

Foto yang menampilkan susuk tubuh badan yang sedia kurus itu menimbulkan kemarahan netizen yang menganggap isteri pelakon Juvana Adam Shahz itu seolah-olah menyindir.

Malam Khamis, pelakon tersebut tampil memberi penjelasan dan meminta maaf kepada netizen yang terasa hati dengan kenyataan tersebut.

Fatin berkata, apa yang dilakukan itu sekadar bergurau tentang keadaan dirinya.

"Tweet itu membawa maksud gurauan kepada diri saya. Saya mengalami masalah eating disorder yang mana membuatkan saya kehilangan selera makan.

"Seperti kapsyen 'bila nak kurus ni', saya maksudkan saya mahu diri saya mendapat bentuk tubuh badan lama. Saya hanya perli diri sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Fatin menjelaskan perkara berkenaan selepas menerima reaksi negatif netizen yang menganggap dirinya sebagai tidak bersyukur dan terlalu obses untuk kurus.

Foto yang menjadi viral dan dikecam netizen.

Pelakon yang sedang menjalani penggambaran drama Semusim Rindu ini memberitahu berat badannya turun mendadak sebanyak 10 kilogram sejak dua minggu lalu.

"Saya sudah jumpa doktor dan dia minta saya banyak berehat serta jumpa pakar psikiatri, berat badan saya daripada 49 kg dan sekarang tinggal 39 kg sahaja. Ramai rakan yang tegur dan suruh saya baca tentang anoreksia," ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon wanita ini juga mengakui mengalami masalah tekanan perasaan sehingga tidak mempunyai selera makan.

"Saya hanya cuba untuk menghilangkan tekanan perasaan, saya sibukan diri dengan kerja sehingga sampai satu tahap yang tidak boleh makan.

"Dari semalam saya tidak makan dan tidak boleh makan kerana tiada selera. Saya memandu pun terlupa jalan balik rumah sendiri. Kadang-kadang orang sekeliling yang sering menegur berat badan membuatkan saya tertekan," ujarnya.

Tambah Fatin, masalah yang dihadapi itu, membuatkan dia terdorong untuk bergurau dengan tujuan menghiburkan hatinya sendiri.

"Salah saya sebab cuba untuk hiburkan hati sendiri, saya minta maaf kepada yang terasa hati. Terima kasih banyak-banyak kepada semua," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya adakah masalah rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak menjadi punca kepada tekanan perasaan yang dialaminya, Fatin enggan mengulas.

"Maaf saya tidak mahu komen tentang perkara itu," ujarnya.

Pada Rabu lalu, suaminya, Adam menafikan dakwaan mengatakan isterinya telah memfailkan permohonan cerai selepas dikatakan tidak tinggal sebumbung.

Jelas Adam, mereka tidak tinggal sebumbung berikutan dalam proses berpindah rumah.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Tags / Kata Kunci: Fatin Afeefa , Adam Shahz

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan